Sorakan Nama Messi Iring Perjalanan Ronaldo Dan Al-Nassr Keluar Dari Saingan Saudi Super Cup

Sorakan nama Messi mengiringi perjalanan Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr keluar dari saingan Saudi Super Cup awal pagi tadi selepas mereka tewas di tangan Al-Ittihad.

Perjalanan Al-Nassr di pentas saingan Saudi Super Cup pada tahun ini sekadar terhenti di peringkat separuh akhir sahaja selepas mereka tewas 3-1 di tangan pasukan yang berada di kedudukan ke-3 dalam saingan Liga Arab Saudi.

Al-Nassr merupakan juara dua kali berturut-turut saingan Saudi Super Cup pada musim 2019/20 dan 2020/21 dengan mereka turut menjadi pasukan kegemaran untuk menjuarai pertandingan tersebut pada musim ini.

Dengan kehadiran pemain terhebat dunia seperti Cristiano Ronaldo, jelas sekali Al-Nassr menjadi pasukan kegemaran untuk menyingkirkan Al-Ittihad dan menjuarai pertandingan tersebut.

Ronaldo sendiri turut sangat teruja untuk membantu Al-Nassr layak ke perlawanan akhir dan mahu menjulang piala pertama beliau di Arab Saudi dengan menjuarai Saudi Super Cup.

Namun sayang untuk Al-Nassr, mereka terpaksa akur tewas di tangan Al-Ittihad seterusnya melupakan hasrat mereka untuk menjuarai saingan Saudi Super Cup.

Lebih perit untuk Ronaldo lagi, beliau masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol bersama Al-Nassr selepas membuat 2 penampilan bersama gergasi Arab Saudi itu.

Dek kerana reputasi yang beliau miliki dan gaji luar biasa lumayan yang beliau terima, jelas sekali peminat berharap beliau akan menjaringkan banyak gol dan bawa Al-Nassr mara lebih jauh.

Walau baru beraksi dua perlawanan, namun sepertinya Ronaldo sudah berdepan dengan banyak kritikan dari peminat dan turut dipersalahkan atas tersingkirnya Al-Nassr dari saingan Saudi Super Cup.

Perjalanan Ronaldo dan Al-Nassr keluar dari saingan Saudi Super Cup diiringi sorakan nama Messi

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana peminat bersorak nama Messi ketika Ronaldo bersama rakan sepasukannya kembali ke bilik persalinan dalam keadaan berduka tewas di tangan Al-Ittihad.

Masih tidak pasti sama ada ia dari kumpulan penyokong Al-Nassr atau Al-Ittihad, namun satu hal yang pasti, nama Messi dilaungkan dengan begitu kuat di stadium.

Baru sahaja minggu lalu Ronaldo dilihat sangat terharu melihat penyokong-penyokong di Arab Saudi memberi sokongan padu kepadanya.

Namun hari ini beliau sudah diduga dengan ramainya penyokong yang mula menganjing beliau dengan bersorak nama Messi ketika beliau berdepan kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN