Ronaldo Minta Pengadil Asing Untuk Kendali Aksi Menentang Al-Hilal

Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menghantar permohonan kepada wakil Saudi Pro League supaya menggunakan pengadil dari luar untuk aksi skuadnya bertemu Al-Hilal nanti.

Pemain penyerang Portugal itu meminta agar pengadil dari Colombia, Wilmar Roldan dilantik untuk menjadi pengadil perlawanan mereka bertemu Al-Hilal pada 1 Disember nanti.

Ronaldo mahu Wilmar yang mengendalikan aksi perlawanan blockbuster itu pada Jumaat ini bertemu seteru utama mereka itu.

Sejak ketibaan Cristiano Ronaldo di bumi Arab Saudi, penganjur Saudi Pro League dilihat lebih gigih berusaha dalam memastikan segala segi berada di tahap terbaik.

Ia juga termasuklah hal melibatkan mutu pengadilan dengan beberapa pengadil asing dipanggil untuk mengendalikan aksi-aksi dalam saingan liga, terutama ketika melibatkan Cristiano Ronaldo.

Al-Nassr bakal turun beraksi bertemu Al-Hilal pada 1 Disember ini dan jelas sekali ia merupakan perlawanan blockbuster yang ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Ia merupakan pertembungan dua gergasi Arab Saudi dengan mereka kini sedang berada di kedudukan pertama dan kedua dalam carta saingan liga.

Cristiano Ronaldo jelas sekali mengharapkan pengadil berkualiti untuk mengadili perlawanan itu agar tiada insiden-insiden tak sepatutnya berlaku pada hari tersebut.

Dan kerana beliau percaya dengan kualiti yang dimiliki oleh Roldan, Ronaldo telah meminta penganjur supaya melantik pengadil dari Colombia itu untuk mengadili perlawanan tersebut.

Wilmar Roldan merupakan pengadil yang mengadili aksi ketika pertembungan antara Al-Nassr bertemu Al-Raed pada September lalu.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 3-1 berpihak kepada Al-Nassr dan Cristiano Ronaldo turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan yang memperlihatkan seorang pemain Al-Raed dilayangkan kad merah itu.

Roldan juga tidak dinafikan sememangnya seorang pengadil yang berpengalaman dan mempunyai kualiti yang cukup-cukup menakjubkan.

Beliau pernah dianggap sebagai pengadil ketujuh terbaik dalam dunia bola sepak pada tahun 2015 yang lalu.

Roldan juga turut mempunyai pengalaman mengendalikan aksi-aksi di tahap tertinggi termasuk di pentas Piala Dunia FIFA pada tahun 2014 dan 2018.

Beliau sempat mengendalikan dua perlawanan dalam kedua-dua kejohanan itu dan turut pernah menjadi pengadil di temasya sukan Olimpik 2012 serta pengadil dalam aksi FIFA Club World Cup pada tahun 2015.

Sudah ramai pengadil asing berpengalaman yang telah dilantik untuk mengadili aksi yang melibatkan Cristiano Ronaldo dalam saingan Saudi Pro League sejak awal ketibaanya.

Michael Oliver, Daniele Orsato dan Mateu Lahoz antara nama-nama besar yang pernah dilantik menjadi pengadil untuk perlawanan yang melibatkan Cristiano Ronaldo.

Kesemua pengadil ini merupakan pengadil berpengalaman yang pernah mengendalikan aksi-aksi di pentas saingan Champions League sebelum ini.

Persiapan Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr menjelang aksi bertemu Al-Hilal

Cristiano Ronaldo tidak dinafikan lagi sememangnya individu terpenting yang memimpin Al-Nassr dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Sepanjang musim ini sahaja, sudah beberapa perlawanan yang memperlihatkan bertapa besarnya pengaruh beliau di atas padang.

Walau sudah di usia 38 tahun, namun hal itu sama sekali tidak menghalang Cristiano Ronaldo untuk terus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Rekod beliau sepanjang musim ini juga tidak kurang hebatnya dengan Ronaldo masih lagi diharapkan untuk menjadi pencetak gol utama skuadnya.

Cabaran terbesar untuk Ronaldo selepas ini adalah memimpin skuadnya untuk aksi bertemu Al-Hilal pada 1 Disember ini nanti.

Walaupun tanpa Neymar yang terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan, namun ia tak menghalang Al-Hilal untuk terus berada di tahap persembahan terbaik mereka dan sedang bersaing untuk menjuarai saingan Saudi Pro League musim ini.

Al-Hilal masih belum mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang musim ini dan ia merupakan satu cabaran besar untuk Ronaldo bersama rakan sepasukannya.

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya perlu berdepan bintang-bintang besar seperti Bono, Ruben Neves, Sergej Milinkovic-Savic, Malcolm, dan ramai lagi.

Seandainya Al-Hilal berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut, maka mereka bakal mendahului carta liga dengan kelebihan tujuh mata mengatasi Al-Nassr.

Untuk Al-Nassr pula, mereka perlu menang dalam perlawanan tersebut, dalam usaha untuk merapatkan jurang mata dengan Al-Hilal.

Dan kerana itu jugalah perlawanan tersebut dianggap aksi blockbuster di kalangan peminat kerana selain dari aksi yang menemukan dua gergasi Arab Saudi, ia juga merupakan penentu perebutan pendahulu carta saingan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN