Jafri Firdaus Chew Jadi Tumpuan Untuk Berdepan Cabaran Hougang

Pemain bintang Sabah, Jafri Firdaus Chew dilihat memiliki peluang cukup cerah pada perlawanan hari ini untuk terus membuktikan ketajaman beliau berdepan wakil dari Singapura, Hougang United.

Sabah bakal berkunjung ke Stadium Jalan Besar pada hari ini untuk menghadapi aksi peringkat Kumpulan H berdepan Hougang dalam usaha untuk cuba mara ke pusingan seterusnya.

Setakat ini, Sabah unggul berada di kedudukan paling atas setelah mereka berjaya mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan serta hanya satu kekalahan ketika menentang wakil Vietnam, Hai Phong di gelanggang lawan.

Tampil dengan para yang dianggap sangat seimbang di segenap posisi, menjadikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya memberi impak cukup besar di pentas Asia musim ini.

Di sebalik beberapa pemain serangan ternama seperti Darren Lok, Saddil Ramdani, Stuart Wilkin, serta Park Tae-su, hadir Jafri Firdaus Chew yang dianggap berjaya memberi sensasi tersendiri dalam buat Sabah musim 2023.

Bekas penyerang kebangsaan ini umpama kembali mendapat nafas baharu bersama Sabah musim 2023, selepas beliau berjaya membalas kepercayaan diberikan oleh Datuk Ong Kim Swee dengan sangat baik setiap kali dibawa turun beraksi.

Malah Jafri juga mencipta peningkatan dengan sangat mendadak daripada segi ketajaman beliau di hadapan gawang gol, selepas beliau berjaya meledak tiga jaringan berturut-turut daripada tiga perlawanan terakhir dihadapi pasukan tersebut.

Penyerang kelahiran Pulau Pinang itu juga berjaya membuka akaun jaringan sulung beliau di pentas AFC musim ini, ketika Sabah unggul mengetepikan cabaran Hai Phong di Likas lalu.

Berkebolehan beraksi di pelbagai posisi, Jafri juga tidak mengambil masa yang panjang untuk cepat menyesuaikan diri termasuk bermain selaku pertahanan kanan.

Kelebihan pemain berusia 26 tahun ini bukan sahaja semakin tajam di hadapan gawang gol, malah aspek kekuatan fizikal serta kelicikan beliau untuk mengatasi pertahanan lawan juga semakin bertambah baik.

Statistik semasa dipamerkan Jafri kini sudah tentu bakal menjadi tumpuan utama kem pasukan lawan yang tidak akan mengambil mudah untuk berdepan pemain tersebut.

Pengalaman luas lalu dimiliki Jafri ketika mewakili pasukan kebangsaan juga sudah tentu ditagih untuk menyumbang sesuatu lebih besar buat Sabah hari ini bertemu Hougang United.

Apapun, selain Jafri beberapa lagi pemain seperti Saddil, Machado, serta Darren juga dianggap mampu untuk mencetuskan sesuatu sangat positif buat Sabah hari ini di pentas Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN