‘Kembali Bernafas’- Jafri Chew Kini Bangkit Bersama Sabah

Pemain serangan Sabah, Jafri Firdaus Chew kembali menarik perhatian ramai penyokong bola sepak tempatan, selepas kelibat beliau kini semakin meningkat terutama sekali kualiti penyudah di hadapan gol.

Terbaharu, Jafri sekali lagi membuktikan ketajaman beliau di hadapan gawang gol selepas pemain tersebut meledak gol keempat buat Sabah ketika pasukan itu berpesta gol mengatasi Terengganu.

Hadir selaku pemain gantian pada perlawanan tersebut, kehadiran Jafri jelas memberi impak cukup besar di posisi serangan menerusi larian deras beliau untuk mengatasi pasukan lawan.

Pada mulanya, Jafri hampir menyudahkan peluang awal menerusi satu hantaran bijak daripada Stuart Wilkin, sebelum rembatan Jafri sedikit tersasar melintasi gawang gol Terengganu.

Namun, peluang kedua yang ditimbulkan oleh Machado menerusi satu hantaran lintang jelas menjadi satu rahmat terbaik buat Jafri untuk disudahkan dalam satu bentuk jaringan.

Musim ini menyaksikan Jafri sudah pun meledak empat gol secara keseluruhan dengan salah satu daripadanya terhasil dalam saingan AFC ketika mereka menewaskan cabaran Hai Phong FC.

Jika bersama Penang sebelum ini, mungkin aksi Jafri sedikit tenggelam sehingga beliau mendapat kritikan keras daripada para penyokong kerana aksi dipamerkan pemain tersebut kurang menyakinkan.

Namun bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, Jafri seolah mendapat nafas baharu selepas beliau kerap mendapat kepercayaan jurulatih itu untuk beraksi bersama Sabah.

Malah, Jafri juga memainkan peranan baharu beliau bersama pasukan tersebut untuk beraksi di posisi pertahanan kanan buat pertama kali selepas menghabiskan banyak karier pada bahagian serangan.

Selain memberi impak cukup besar di posisi pertahanan, Jafri juga menjadi pemain yang sangat rajin untuk mengimbangi posisi serangan menerusi larian dicipta beliau selain mencetuskan peluang gol.

Apapun, ini menjadi musim yang sangat bagus buat Jafri bersama Sabah dan menjadi antara sangat bertuah berbanding pemain tempatan lain selepas beliau turut memberi impak di pentas Asia.

Berkebolehan beraksi di beberapa posisi kini, sudah tentu Kim Swee mempunyai perancangan besar buat Jafri untuk digunakan pada perlawanan akan datang mengikut kesesuaian taktikal.

Buat Jafri, sudah tentu beliau kini memiliki motivasi sangat tinggi untuk terus membuktikan beliau masih relevan bersama pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya Jafri terus konsisten dalam setiap perlawanan akan datang dan kembali mendapat kepercayaan pada suatu hari beraksi bersama pasukan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN