Sentuhan ‘Magis’ Akmal Rizal Ditagih Untuk Beri Kemenangan Buat Penang

Pengendali sementara Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal diuji pada perlawanan petang ini dengan membabitkan pasukan beliau menentang Sri Pahang di halaman sendiri iaitu Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Terdahulu, Penang telah pun merehatkan khidmat Chong Yee Fatt serta Manzoor Azwira yang tampil dengan prestasi tidak menyakinkan untuk digantikan kepada Akmal Rizal selaku pengendali sementara.

Untuk rekod, Akmal sebelum ini merupakan pengendali utama untuk skuad B-23 Penang dalam saingan MFL dan tampil dengan rekod cukup menyakinkan selain melahirkan beberapa bintang muda baharu berkualiti seperti Alif Ikmalrizal.

Kehadiran Akmal ketika ini sangat ditagih kerana Penang jelas memerlukan kembali kemenangan untuk memperbaiki kedudukan mereka sebelum saingan Liga Super 2023 tamat.

Kali terakhir Penang mencipta kemenangan pada 8 Julai lalu menerusi ketika pasukan tersebut mengatasi Kelantan 4-3 di laman sendiri.

Selepas itu, Penang terus kempunan untuk merasai sebarang kemenangan dalam aksi Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut dengan aksi terakhir, pasukan tersebut hanya mampu mencipta keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Kuching City.

Berbaki tiga lagi perlawanan, Akmal mempunyai tugas berat untuk memastikan Penang kembali berada di landasan tepat atau mengelak daripada keciciran sebarang mata supaya kedudukan mereka di Liga Super musim ini mampu tampil lebih baik.

Berdepan Sri Pahang pada hari ini, ianya juga bukan suatu tugas mudah kerana lawan dianggap turut memiliki reputasi tersendiri untuk menghalang Penang daripada meraih sebarang mata.

Rekod pertemuan kedua pasukan tersebut sebelum ini juga menyaksikan ianya berpihak kepada Sri Pahang, selepas pasukan tersebut meraih kemenangan tipis 1-0 ketika aksi berlangsung di Stadium Darul Makmur (SDM).

Ketika itu, jaringan tunggal Sri Pahang terhasil menerusi penyerang import mereka iaitu Kpah Sherman menerusi sepakan penalti pada minit ke-49 untuk menghampakan Penang.

Kelibat penyerang kebangsaan Liberia itu dijangka akan terus membarisi kesebelasan utama pada perlawanan ini dengan Akmal sudah tentu mahu barisan pertahanan pasukannya lebih peka sepanjang aksi berlangsung.

Pengendali muda itu juga dijangka akan mempertaruhkan Alif Ikmalrizal dalam kesebelasan utama Penang untuk berdepan cabaran Sri Pahang kerana beliau dianggap lebih mengenali potensi serta kesesuaian penyerang muda itu dalam pasukannya.

Apapun, ini merupakan suatu tugas berat buat Akmal untuk mengumpul tiga mata penuh walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri, kerans seperti diketahui Sri Pahang antara pasukan sukar untuk ditewaskan musim 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN