Peminat Terhibur Mendengar Pep Sebut Nama Szoboszlai

Penyokong Liverpool terkejut melihat keyakinan pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang menyebut nama Dominik Szoboszlai dengan sebutan yang salah.

Szoboszlai menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini dan jelas sekali beliau merupakan antara pemain yang di bawa masuk bagi mengisi kekosongan di posisi midfield skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Gergasi Merseyside itu melakukan rombakan besar-besaran di posisi midfield mereka pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Pemain kebangsaan Hungary itu tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan sistem kendalian Jurgen Klopp.

Beliau dengan segera menjadi nadi penting di posisi midfield The Reds dengan Szoboszlai juga turut sering mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Setakat musim 2023/24 ini, pemain midfield itu sudah berjaya menjaringkan dua gol dan turut mencatatkan 2 assists dari 17 penampilan.

Menjelang aksi pertembungan penting antara Liverpool bertemu Manchester City dalam saingan Premier League minggu ini, Pep Guardiola telah tampil membahaskan tentang kemampuan para pemain skuad The Reds.

Pengurus Manchester City itu seperti kebiasaannya hanya memberi komen berkait hal taktikal dan pandangan beliau, namun apa yang mencuri perhatian peminat adalah cara beliau menyebut nama bintang Liverpool.

Penyokong Liverpool terkejut ketika mendengar Pep menyebut nama Szoboszlai dan juga seorang lagi bintang baru The Reds, Ryan Gravenberch.

Mendengar Pep Guardiola begitu yakin menyebut nama kedua-dua pemain itu dengan sebutan yang salah, para peminat mula hangat membahaskan hal tersebut di media sosial.

“Cara Pep Guardiola menyebut nama Szoboszlai memang sungguh luar biasa.”

“Salazi dan Gravener, saya tak tahu dari mana Pep dapat keyakinan untuk menyebut nama pemain lawan dengan sebutan salah tapi cara dia tak nampak macam dia bersalah.”

“Mendengar dia menyebut nama Szoboszlai dan Gravenberch begitu, saya jadi percaya memang itulah cara menyebut nama kedua-dua pemain itu.”

“Apa yang saya dengar ini? Cara dia bercakap tentang mereka seolah-olah dia kenal mereka, tetapi kenapa sebutan nama tu terlalu lain?”

“Rasanya Pep harus tonton video yang Szoboszlai mengajar cara betul tentang bagaimana mahu menyebut namanya.”

Di dalam temu bual sama juga, Pep turut bercakap tentang ancaman daripada jentera serangan Liverpool, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Masa terus berjalan, lapan ke sembilan tahun, bukan pemain yang sama, mereka ada Trent Alexander Arnold di atas dan di bawah, tapi idea mereka masih lebih kurang sama.”

“Kita ada terlalu banyak ruang di belakang dan mereka ada pelari yang menakjubkan seperti (Luis) Diaz, dengan Darwin Nunez, dengan (Mohamed) Salah tentunya, dan sekarang dengan (Dominik) Szoboszlai dan (Ryan) Gravenberch.”

Pengurus Manchester City itu kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Untuk mereka, ia bagus kerana membantu transitions. Mereka skuad yang menakjubkan, pemain-pemain yang bagus, skuad yang cemerlang, itu tak diragukan.”

Ketika temu bual sama, Pep turut menjelaskan yang Jurgen Klopp sebenarnya turut memberi impak dalam kariernya sebagai pengurus.

“Jelas sekali, benar-benar jelas sekali (Klopp jadikan saya seorang pengurus yang lebih baik). Dia bantu saya untuk kenal pasti pelbagai masalah. Masalah yang kami hadapi. Jelas sekali.”

“Kami sentiasa menjadi seteru, pertembungan yang hebat untuk kedua-dua pasukan, pendekatan yang positif untuk sesebuah perlawanan dan sentiasa menyajikan perlawanan yang menarik.”

Manchester City sekadar mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Liverpool malam semalam di Etihad.

Keputusan seri itu menyebabkan Man City dipintas oleh Arsenal yang berjaya menewaskan Brentford 1-0 awal pagi tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN