Ini Sebab Kenapa Al Hilal Sakit Kepala Melihat Situasi Neymar

Kecederaan Neymar sebenarnya bakal menyebabkan kelab diwakili beliau, Al Hilal untuk menanggung kerugian yang sungguh ngeri dan luar biasa dahsyat.

Dan seandainya masalah kecederaan tersebut bakal menyebabkan Neymar tidak dapat beraksi lagi bersama kelab, ia sebenarnya bakal memberi impak yang lebih teruk kepada kelab.

Pemain penyerang kebangsaan Brazil itu telah menderita masalah kecederaan yang agak parah ketika aksi kekalahan 2-0 bertemu Uruguay.

Beliau kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan selepas ligamen anterior cruciate dan meniskus di lutut kirinya pecah ketika beraksi dalam perlawanan tersebut.

Neymar terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan tersebut berlangsung dengan menggunakan stretcher.

Punca utama mengapa Neymar mengalami masalah kecederaan tersebut adalah ketika tersilap mendarat selepas bergelut dengan pemain lawan pada aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.

Menulis di laman Instagram miliknya, Neymar menyatakan bahawa:

“Ia waktu yang sangat menyedihkan, sangat buruk. Saya tahu saya kuat, tapi kali ini saya benar-benar memerlukan keluarga saya dan kawan-kawan saya.”

Tulis Neymar di laman Instagram miliknya.

“Ia bukanlah satu hal yang mudah untuk berdepan dengan masalah kecederaan dan pembedahan, bayangkan terpaksa menjalani semua itu lagi selepas empat bulan menjalani fasa penyembuhan.”

Setakat ini, masih belum jelas berapa lama bintang berusia 31 tahun itu terpaksa berehat sebelum mampu untuk kembali beraksi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, kebiasaan untuk pemain-pemain yang mengalami masalah kecederaan seperti itu, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan ke 10 bulan untuk sembuh.

Lebih parah lagi, terdapat kebimbangan di kalangan para penyokong Brazil yang penjaring terbanyak sepanjang zaman negara mereka itu mungkin tidak akan dapat terus beraksi lagi.

Hal ini kerana beliau sudah bergelut dengan beberapa siri kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dikhuatiri kecederaan kali ini bakal mengakhiri kariernya.

Jika hal itu benar-benar berlaku, ia sebenarnya bakal memeningkan kepala pimpinan Al Hilal dan jelas sekali kelab bakal menanggung kerugian yang sungguh luar biasa dahsyat.

Pihak kelab masih tetap perlu membayar gaji Neymar selagi mana bintang Brazil itu tidak mengumumkan persaraanya secara rasmi.

Bekas bintang Barcelona itu akan tetap menerima gaji beliau seperti biasa hingga kontraknya tamat walau beliau tidak dapat membuat penampilan untuk kelab.

Menurut sumber laporan dari CBS, kelab gergasi Arab Saudi itu telah membayar €90 juta (£78 juta) kepada Paris Saint-Germain untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang itu.

Sekiranya Neymar tak dapat beraksi lagi, ia jelas sekali menunjukkan yang pelaburan pihak kelab membayar yuran perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya adalah sangat-sangat tidak berbaloi.

Lebih parah lagi, Al Hilal dilaporkan membayar gaji Neymar dengan kadar yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain penyerang itu dilaporkan menerima gaji yang hampir sama dengan gaji yang Ronaldo terima di Al-Nassr bernilai €200 juta (£173 juta) setahun.

Neymar pula telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama Al-Hilal dan jelas sekali sepanjang tempoh tersebut beliau akan tetap menerima gajinya seperti biasa.

Setakat ini, Neymar baru membuat lima penampilan sahaja bersama Al Hilal dan tiga darinya merupakan aksi dalam saingan Saudi Pro League.

Seandainya Neymar benar-benar tidak boleh beraksi lagi, maka pihak kelab sepertinya telah membayar beliau €98 juta (£85 juta) untuk setiap penampilan bintang Brazil itu.

Peminat terutama penyokong Brazil jelas sekali sangat berharap agar Neymar akan kembali sembuh dan akan dapat beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil, Ednaldo Roseigues telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Brazilian dan dunia bola sepak berharap Neymar akan sembuh dan segera pulih kerana bola sebab lebih bermakna andai dia ada di atas padang.”

Sehingga kini masih belum jelas tentang bagaimana nasib Neymar dan berapa lama masa yang beliau perlukan untuk kembali beraksi.

Satu hal yang pasti, Al Hilal akan sangat-sangat berharap agar Neymar akan segera sembuh dan dapat membantu mereka untuk memenangi pelbagai kejuaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN