FIFA telah mengumumkan 3 finalis Anugerah FIFA Best 2017. Anugerah yang diwujudkan FIFA pada 2016, selepas badan bola sepak dunia itu memutuskan berpisah dengan Ballon d’ Or.
Cristiano Ronaldo adalah pemain pertama yang menerima anugerah ini musim lalu. Tidak lupa juga, pemain Malaysia, Faiz Subri juga dalam senarai pemenang dalam anugerah sulung FIFA Best 2016.
Finalis dipilih oleh legenda bola sepak termasuk Diego Mardona, Cafu dan Puyol. Undian tersebut dari Ogos dan ditutup pada 21 September.
Undian fasa awal melibatkan jurulatih kebangsaan, kapten, media, dan penyokong. Pelbagai kategori dipertandingkan. Daripada 24 finalis kini tinggal 3 pemain sahaja yang berada di finalis 3 teratas.
1. Cristiano Ronaldo
Ronaldo menjadi pemain terbanyak dalam sejarah, dicalonkan dalam finalis anugerah FIFA mahupun Ballon d’Or iaitu sebanyak 20 kali setakat ini.
Beliau menjadi calon pilihan selepas kejayaan membawa Real Madrid memenangi UCL untuk kali kedua berturut-turut musim lalu. Ronaldo dianugerahkan pemain terbaik UCL 2016/17.
Beliau juga mengakhiri penantian Real Madrid untuk menjuarai La Liga musim lalu. Beliau juga membantu Portugal mara ke separuh akhir Piala Konfederasi 2017.
Walaupun kelajuan dan ketangkasan beliau semakin berubah tetapi Ronaldo sentiasa mencari cara untuk kekal efektif di dalam padang.
2. Lionel Messi
Pemain Argentina ini membutikan dirinya masih dalam prestasi terbaik di dalam padang. Beliau menjaringkan 37 gol dalam La Liga musim lalu untuk memenangi Pichichi 2016/17.
Aksi cemerlang Messi menghidupkan kembali persaingan Barca dalam kejuaraan La Liga musim lalu. Aksi ketika membantu Barcelona menang di Bernabeu pastinya kekal di dalam ingatan.
Beliau pernah mengumumkan persaran daripada bola sepak antarabangsa. Dan akhirnya kembali semula setelah Argentina nampak semakin tenat tanpa beliau.
3. Neymar
Neymar adalah pemain utama Brazil musim lalu dan membawa negara beliau kembali ke ranking no.1 dunia. Brazil juga menjadi negara pertama mara ke Piala Dunia Brazil.
Beliau menjaringkan 20 gol untuk Barcleona musim lalu dalam semua pertandingan. Jumlah itu agak merosot berbanding dengan 2 musim sebelum itu.
Namun begitu Neymar menyumbangkan 21 bantuan gol dan menjadi arkitek dalam kebangkitan Barcelona ke atas PSG musim lalu.
Berikut adalah senarai untuk finalis wanita
1. Deyna Castellanos (Santa Clarita Blue Heat and Venezuela)
2. Carli Lloyd (Houston Dash and United States)
3. Lieke Martens (Rosengard/FC Barcelona and Netherlands)
Pemenang anugerah ini akan diumumkan dalam malam gala FIFA 23 Oktober 2017.