Conte, Zidane, Allegri Finalis Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2017

3 jurulatih telah berjaya menduduki 3 tempat teratas untuk pencalonan akhir Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2017. Ini selepas melalui saringan 12 calon terakhir.

1. Massimiliano Allegri

Allegri berjaya menututup mulut pengkritik yang tidak yakin beliau akan dapat menggantikan Antonio Conte di Juventus.

Juventus terus meningkat naik di bawah kendalian beliau dan menjadi pasukan terbaik di Itali musim lalu. Ianya melengkapkan 6 kejuaraan Serie A berturut-turut kepada Juventus.

Beliau juga merekodkan 3 musim ‘doubles’ dengan Juventus sejak mengambil alih pasukan tersebut.

Juve juga mara ke final UCL musim lalu selepas membenam cabaran Barcelona di separuh akhir. Malangnya mereka gagal di final, tewas kepada Real Madrid.

2. Antonio Conte

Musim luar biasa beliau di England musim lalu selepas kepulangan semula ke pengurusan kelab. Conte membantu Chelsea menjuari EPL 2-16/17 dengan rekod 30 kemenangan semusim.

Beliau pemenang Anugerah Pengurus Terbaik EPL musim lalu. Kepakaran taktikal beliau membantu Chelsea merekodkan 13 kemenangan berturut-turut selepas kalah di tangan Arsenal pada awal musim.

Semuanya kerana ‘tweaks’ kepada sistem bek bertiga mereka. Beliau hampir mencatatkan kejuaraan berganda musim lalu namun tewas di tangan Arsenal dalam Piala FA.

3. Zinedine Zidane

Zidane kali tampil sebagai pilihan utama dengan kejayaan beliau membawa Real Madrid menjuarai semula La Liga selepas 5 tahun dan menempah sejarah menjuarai UCL 2 musim berturut-turut.

Real Madrid juga merekodkan 73 perlawanan dengan gol dan hanya diakhiri Betis pada minggu lalu.

Beliau antara pengurus yang tidak berbelanja sangat besar di Real Madrid dan membangunkan bakat-bakat muda daripada akademi dan juga yang dibeli denagan harga murah dari kelab lain.

Zidane juga membantu pemain seperti Ronaldo terus relevan sebagai pemain dalam senarai kelas A.

Siapakah yang akan memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik musim ini? Lontarkan pandangan anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN