Ronaldo Kemas Barang Lebih Awal Sebelum Cipta Kontroversi Bersama Piers Morgan?

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah pun mengemas barang beliau dengan lebih awal di Old Trafford sebelum beliau disahkan berpisah bersama Manchester United.

Kontroversi Ronaldo bersama United jelas menjadi tumpuan dunia ekoran kontroversi beliau dalam sesi wawancara bersama Piers Morgan sebelum itu yang dilihat sangat panas.

Krisis Ronaldo bersama United mula berlaku sebelum saingan liga bermula, selepas pemain tersebut tidak tampil menjalani latihan bersama dan mengikuti mereka untuk sesi jelajah pra musim.

Pada sesi wawancara tersebut, Ronaldo telah pun membuat kritikan secara keras dengan membabitkan beberapa individu penting seperti Erik ten Hag, Ralf Rangnick, serta pemilik kelab iaitu keluarga Glazer.

Selepas sesi yang dilakukan bersama Morgan, kelab memutuskan untuk menamatkan kontrak Ronaldo lebih awal menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

Ronaldo tampil dalam saingan Piala Dunia kali kelima buat dirinya tanpa terikat dengan mana-mana kelab dan kejohanan tersebut juga menjadi kali terakhir buat beliau bersama Portugal.

Lebih malang, Ronaldo gagal untuk membawa Portugal mara ke pusingan lebih jauh selepas terkandas di pusingan suku akhir, apabila mereka dikejutkan oleh Maghribi.

Dikhabarkan pemain berusia 37 tahun itu telah bersedia lebih awal untuk meninggalkan kelab, selepas beliau dilaporkan telah pun mengemas segala barang sebelum hadir ke sesi wawancara tersebut.

Menurut laporan Sport Bible, kapten Portugal itu telah mengambil segala barang-barang penting beliau dalam loker peribadinya pada November lalu sebelum berlepas ke Qatar.

Terkini, pemain tersebut jelas masih tiada perkhabaran untuk menyertai mana-mana pasukan walaupun mempunyai tawaran darjpada salah satu kelab dari Arab Saudi.

Walaupun begitu, Ronaldo menyatakan ianya tidak benar dan menyimpan hasrat untuk beraksi dalam saingan UEFA Champions League bersama mana-mana pasukan yang dilihat bersesuaian.

Chelsea dan Sporting Lisbon antara kelab yang dilaporkan sudah berhubung bersama pemain ini, namun kesahihan untuk Ronaldo menyertai antara pasukan tersebut masih lagi belum diketahui.

Pada masa sama, ten Hag jelas mengakui beliau tidak terasa akan kehilangan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dalam barisan skuad kendaliannya.

“Dia sudah pergi dan segalanya sudah pun menjadi kisah silam, kami ketika ini sedang melihat ke depan untuk mencari masa hadapan lebih baik,” jelas ten Hag.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN