VIDEO: Legenda Terhebat Liverpool Terpegun Mendengar Bacaan Surah Al-Fatihah

Legenda terhebat sepanjang zaman Liverpool,  Ian Rush dilihat terpegun dan terpesona mendengar bacaan surah Al-Fatihah dari Qari terbaik dunia, Fatih Seferagic.

Ian Rush meluangkan masa untuk bersiar-siar di bandar Qatar dan beliau bersetuju untuk bertemu Qari terbaik dunia Fatih Seferagic untuk beramah mesra.

Pada 3 Disember lalu, Fatih telah memuat naik sebuah video di laman media sosial miliknya yang mana dalam video tersebut beliau dilihat membacakan surah Al-Fatihah kepada Ian Rush.

“Al-Quran adalah untuk semua orang: untuk didengarkan, untuk direnungkan, dan untuk difahamkan. Kami berpeluang memperkenalkan Al-Quran kepada legenda Liverpool dan menjaringkan gol, Ian Rush.”

Tulis Fatih di laman twitter miliknya.

Selain membacakan surah Al-Fatihah, Fatih juga turut menterjemahkan maksud surah suci itu kepada Ian Rush.

“Dan dalam Islam kami membaca surah pendek ini dalam setiap satu dari lima waktu solat kami sehari. Kami selalu meminta Allah untuk bimbing kami ke jalan yang benar.”

Jelas Fatih lagi.

Ian Rush mendengar bacaan surah Al-Fatihah dan terjemahan dari Fatih dengan penuh minat dan beliau dilihat terpesona dengan bacaan dari Qari terbaik dunia itu.

Terjemahan surah Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sebelum ini, tular kisah yang mana sebuah keluarga dari Brazil telah memeluk agama Islam di sebuah masjid di Doha selepas mereka tertarik dengan keindahan Islam.

Walau dihentam oleh media barat, namun harus diakui yang terlalu banyak sebenarnya sisi positif yang ditunjukkan oleh tuan rumah namun tidak didedahkan kepada umum.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN