Liverpool Pantau Pemain Muda Sepanyol Untuk Menjadi Rekrut Baharu Posisi Tengah

Pasukan gergasi England iaitu Liverpool kini sedang giat untuk mendapatkan pemain baharu di posisi tengah dalam usaha untuk memperkukuhkan kembali prestasi mereka.

Terbaharu, kelab tersebut dilaporkan mula memantau salah seorang tonggak muda berpotensi tinggi dari Sepanyol yang dilihat menepati kriteria mereka untuk dibawa ke Anfield.

Pemain muda yang dikatakan itu merupakan tonggak utama Villareal iaitu Alex Baena dan bakal mendapat saingan sengit kelab lain yang turut menunjukkan minat kepada beliau.

Setakat ini, Baena telah mempamerkan aksi yang cukup hebat bersama Villareal dengan sembilan gol telah direkodkan beliau setakat ini dalam semua pertandingan dihadapi.

Empat gol daripada itu telah diledak ketika Villareal beraksi dalam saingan Europa Conference League dan Baena berjaya membantu pasukan itu mencatat empat kemenangan daripada enam perlawanan.

Dalam aksi La Liga ketika ini, daripada 15 gol telah dihasilkan Villareal, Baena telah menyumbang empat jaringan untuk terus mengukuhkan nama beliau dalam pasukan.

Baena telah melalui proses peningkatan yang baik dalam kariernya kini selepas beliau cemerlang bersama Girona sebelum itu dalam saingan Segunda Division.

Selain Liverpool yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, beberapa kelab lain turut memantau pemain tersebut iaitu Chelsea, Arsenal, dan Manchester City.

Kontrak Baena bersama Villareal akan tamat pada tahun 2025 dengan klausa perpindahan dilaporkan bernilai sebanyak €35 juta dan telah menarik banyak kelab-kelan besar berminat mendapatkan khidmat beliau.

Walaupun sebelum ini dikatakan Villareal mungkin akan membuat perjanjian baharu bersama Baena untuk menaikkan lagi jumlah klausa tersebut, namun sehingga kini ianya tidak berlaku.

Laporan daripada Sport Bible menyatakan kini Liverpool dan City menjadi pasukan paling utama bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain muda berusia 21 tahun itu.

Pemain tersebut setakat ini dilihat sangat sesuai untuk menyertai Liverpool dan menjadi pilihan utama untuk beraksi dalam banyak perlawanan di England.

Ini kerana, Liverpool menjadi antara pasukan yang berdepan krisis di posisi tengah, selepas isu kecederaan pemain yang dialami mereka sehingga merencatkan konsistensi pasukan.

Sekiranya pasukan tersebut mahu akan khidmat Baena, mereka perlu memulakan langkah dengan kadar segera untuk mengelakkan klausa semakin meningkat atau pasukan lain mendapatkan beliau terlebih dahulu.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN