Tomislav Akui Bakal Rekrut 2 Pemain Croatia Perkuat Terengganu Musim Depan

Terengganu menjadi salah satu pasukan yang sangat aktif ketika ini dengan memulakan langkah lebih awal untuk mempersiapkan barisan pemain baharu tahun hadapan.

Apa tidaknya, selain beraksi dalam saingan peringkat domestik, pasukan tersebut juga bakal berdepan cabaran untuk kejohanan Piala AFC, selepas mereka muncul selaku naib juara Liga Super 2022.

Berdasarkan beberapa rombakan yang dibuat, pasukan tersebut bakal tampil serba berbeza dan seterusnya akan menjadi suatu cabaran baharu buat pengendali terkini, Tomislav Steinbruckner.

Dikhabarkan pasukan tersebut juga bakal membawa dua pemain Croatia yang setakat ini masih belum didedahkan secara rasmi oleh kelab.

Menurut Tomislav, kedua pemain tersebut akan beraksi di posisi tengah bertahan serta selaku penyerang utama musim hadapan dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi prestasi kelab berbanding tahun ini.

Sebelum itu, beberapa khabar angin telah tersebar di media sosial, kononnya Terengganu bakal mengikat kembali bekas pemain import mereka iaitu Sanjar Shaakhmedov, namun ia telah dinafikan oleh jurulatih tersebut.

Malah dua lagi nama pemain yang dikaitkan dengan kelab tersebut iaitu Luka Milunovic serta Igor Zonjic juga sekadar khabar angin dan tiada dalam perancangan Tomislav untuk musim hadapan.

“Mengenai desas-desus Shaakhmedov kembali bersama pasukan TFC musim depan ianya adalah tidak benar kerana saya sudah mempunyai perancangan bagi kuota pemain import.

“Begitu juga Zonjic dan Milunovic, kami juga tidak ada perancangan untuk mengikat pemain kebangsaan kelahiran Serbia itu bagi mengharungi cabaran Liga M musim depan.

“Sebaliknya kami sudah ada tenaga asing lain bagi memperkuatkan pasukan termasuk dua pemain kelahiran Croatia iaitu seorang di posisi serangan dan seorang lagi bagi posisi tengah bertahan untuk menggantikan penyerang musim ini, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche,” kata Steinbruckner menerusi Berita Harian.

Sehingga kini, Terengganu berjaya mengikat dua pemain import untuk saingan musim terbaharu iaitu Sony Norde serta mengekalkan tonggak tengah mereka, Habib Haroon.

Sony yang tampil cemerlang bersama Melaka United sebelum ini dilihat sebagai aset terbaharu pasukan tersebut berdasarkan kualiti yang dimiliki oleh pemain serangan Haiti itu.

Manakala untuk Habib pula, jelas beliau menjadi tunjang utama kekuatan Terengganu musim ini di posisi tengah menerusi kualiti kawalan bola serta keupayaan mencipta hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan serangan.

Setakat ini, Pape Diakite bersama Kpah Sherman dan Tchetche Kipre dikhabarkan tiada dalam perancangan Terengganu musim hadapan.

Malah, Kpah Sherman juga dikhabarkan bakal menyertai Sri Pahang pada musim hadapan selain Tchetche Kipre dikaitkan bersama Sabah.

Manny Ott pula dijangka akan mengikut jejak langkah Nafuzi Zain iaitu menyertai Kedah Darul Aman (KDA) pada musim hadapan untuk memenuhi slot kuota Asia Tenggara.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN