Ronaldinho kembali ke Barcelona selepas sekian lama meninggalkan kelab tersebut.
Namun kali ini beliau kembali bukan sebagai pemain, tetapi sebagai duta kelab tersebut.
Projek Lagenda
Menurut laman rasmi Barcelona, kelab Catalan dan juga pemain dari Brazil itu telah menandatangani satu perjanjian melibatkan 2 pihak tersebut.
Dalam perjanjian tersebut, Ronaldinho akan menjadi duta kelab untuk pelbagai aktiviti melibatkan Barcelona untuk tahun-tahun mendatang.
Selain itu juga, beliau akan menyertai satu projek dinamakan Projek Lagenda iaitu projek dimana melibatkan beliau serta para bekas pemain Barcelona.
Dalam projek itu, Ronaldinho dan rakan-rakan akan menjelajah ke seluruh dunia untuk bermain dalam pelbagai perlawanan pertunjukkan untuk menaikkan jenama Barcelona di seluruh dunia.
Selain itu, beliau dan rakan-rakan di Projek Lagenda itu akan mengadakan klinik bola sepak, latihan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang dirancang oleh pihak kelab.
Pihak Barcelona dan juga akademi bola sepak Ronaldinho juga akan mencari jalan untuk berkerjasama dalam pelbagai cara.
Selain itu, para pemain juga akan muncul di dalam acara pembukaan dan penutup di sekolah-sekolah. Selain itu, Ronaldinho juga akan berkongsi pengalaman beliau menjadi pemain bola sepak dengan para pelajar dalam sesi ceramah.
Program UNICEF
Selain itu, Ronaldinho juga akan menyertai projek UNICEF dan juga Barcelona Foundation.
The Masia 360 Project merupakan projek di mana Ronaldinho akan membantu sebagai jurulatih dan juga latihan kepada para pemain yang terlibat di dalam projek tersebut.
Majlis menandatangani perjanjian diantara Ronaldinho dan juga Barcelona akan diadakan di Nou Camp dan diuruskan oleh presiden kelab – Josep Maria Bartomeu.
Dan selepas itu, Ronaldinho akan bergambar di muzium kelab untuk diperkenalkan kepada pihak media.
Baca juga: Real Madrid Dan Juventus Miliki Persamaan Kecuali Budaya Boo-kan Pemain Sendiri!