Quantcast

BERITA

Real Madrid Dan Juventus Miliki Persamaan Kecuali Budaya Boo-kan Pemain Sendiri!

Gonzalo Higuain membandingkan Real Madrid dan Juventus sebagai 2 kelab yang hampir sama. Pemain kebangsaan Argentina ini pernah bermain di Real Madrid dan kini di Juventus.

Beliau bercakap dalam satu sesi temu ramah ringkas dengan Radio Ondacero. Anda boleh klik di sini untuk mendengar perbualan penuh ini. Tapi bahasa Itali ya.

Menurut Gonzalo Higuain, kedua-dua pasukan ini sentiasa bermain untuk menang dan sentiasa sedar akan tekanan daripada penyokong.

Beliau berkata:

“Juventus sama seperti Real Madrid. Kedua-dua Kelab Real Madrid dan Juventus sentiasa bersedia untuk menang.”

“Akan tetapi penyokong Juventus tidak terlalu mendesak seperti Real Madrid. Penyokong Juventus tidak ada budaya boo-kan pemain sendiri.”

“Di Juventus, kemenangan itu satu budaya bukannya tuntutan sosial (public demand).”

Kenyataan Higuain ini lebih kepada komen ke atas layanan penyokong Real Madrid ke atas Ronaldo tempoh hari.

Higuain juga menyatakan rasa sayang dan hormat beliau kepada kelab lama beliau seperti Real Madrid dan Napoli.

“Saya amat berterima kasih kepada kedua-dua institusi seperti Napoli dan Real Madrid.”

“Mereka membantu mengubah diri saya. Mereka memberikan banyak peluang untuk saya belajar.”

“Apa yang penting bagi saya adalah untuk sentiasa mahu memperbaiki diri.”

Calcio tidak semudah disangka

Gonzalo Higuain turut menafikan kenyataan media yang menggambarkan Higuain memandang rendah Liga Itali.

Higuain digambarkan mrendahkan Serie A, seolah-olah terlalu mudah untuk penyerang yang hebat di dunia.

Sebelum ini ada laporan media menyatakan Higuain berkata ‘Messi dan Cristiano Ronaldo akan menjaringkan lebih banyak gol jika bermain di Serie A.’

Higuain berkata:

“Ia sudah tentu sama sekali tidak benar. Saya tidak pernah berkata begitu. Bila masa saya berkata Messi atau Cristiano akan menjaringkan gol yang sangat banyak di Itali?”

“Saya cuma berkata ia adalah satu cabaran yang menarik untuk melihat berapa banyak gol agaknya yang boleh dijaringkan oleh Messi dan Ronaldo di Itali.”

Ketika ditanya siapakah penyerang yang menjadi rujukan beliau. Higuain berkata:

“Saya menjadikan Ronaldo Nazzario sebagai rujukan.”

“Hingga ke hari ini, saya masih menonton video beliau untuk belajar. Bagi saya dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.”

Baca juga: Cameroon Mara Ke Final Piala AFCON 2017, Singkirkan Ghana Di Semifinal