Sempena Persaraan Frank Lampard, John Terry Tulis Surat Istimewa Untuk Beliau

John Terry tulis ucapan istimewa sempena persaraan bekas rakan sepasukannya – Frank Lampard.

Mereka merupakan rakan baik serta pasangan lagenda di Chelsea yang sentiasa menjadi pujaan para peminat The Blues.

Ucapan istimewa

Ucapan istimewa yang ditulis oleh Terry itu ditujukan khas kepada Lampard menerusi penulisan beliau di laman Instagramnya.

Berikut adalah terjemahan ringkas penulisan tersebut:

“Frank Lampard hari ini telah mengumumkan persaraanya daripada bola sepak. Pemain TERHEBAT dalam sejarah kelab bola sepak Chelsea yang hebat.”

“Ia merupakan satu penghargaan untuk bermain dengan kau dan melihat secara langsung dedikasi dan kerja keras yang kau berikan, di dalam dan juga luar padang.”

“Kau adalah pemain yang berlatih sepenuh hati, berjuta kali lebih daripada orang lain. Ia memberikan inspirasi kepada kami semua di kelab.”

“Aku rindu waktu dimana kau akan berada di sebelah ku di bilik persalinan. Serta aku rindu akan situasi dimana kau akan membawa semula beg berisi bola ke dalam padang ketika semua pemain sudah pun masuk ke dalam untuk membersihkan diri.”

“Kau terus berlatih untuk mantapkan penyudah kau. Bagi kau, 20 gol setahun tak pernah cukup. Kau mahukan 25 hingga 30 gol setahun.”

“Aku akan rindukan saat kau akan ambil 4 kon dan lakukan latihan pecut selepas latihan tamat dan ia memberikan contoh teladan kepada pemain muda di akademi kita.”

“Aku tak akan lupa kenangan kita memenangi pelbagai trofi dari tahun ke tahun. Kau dah menang segalanya dan kau patut rasa bangga dengan pencapaian itu. Dan ia merupakan satu penghargaan untuk aku bermain disamping kau dan menikmati segala kenangan indah itu bersama kau.”

“648 penampilan (hampir sekali memintas Peter Bonetti dan Ron Harris) serta 211 gol. Satu pencapaian yang sungguh hebat!”

“Seorang lelaki yang cukup baik di dalam dan luar padang, ketua di bilik persalinan. Dan jika aku terpaksa pilih seorang saja untuk dibawa ke medan perang – aku akan bawa kau.”

“Seorang bapa yang cukup baik kepada 2 anak gadisnya dan aku banggan untuk panggil kau sebagai ‘sahabat’. Semoga berjaya di masa hadapan, tidak kira apa saja pilihan yang kau buat pasti akan menjadi satu kejayaan yang besar. Aku sayang kau Lampsy.”

“LAGENDA WIRA INSPIRASI + PEMAIN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN”

Terharu

Sungguh terharu apabila kami membaca surat yang ditulis dari Terry untuk Lampard. Ia merupakan penghargaan dari seorang lagenda ke seorang lagenda yang lain.

Selamat bersara buat Frank Lampard. Jadi, sudah tiba masa untuk sertai dunia kejurulatihan?

Baca juga: Selepas 10 Tahun Dan 414 Penampilan, Tim Howard Tulis Surat Perpisahan Untuk Everton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN