Apa sudah jadi dengan Thomas Vermaelen. Beberapa musim yang lalu, beliau antara pertahanan tengah terbaik di Eropah, mungkin dunia ketika bersama Arsenal.
Seorang pemain bek tengah yang ada naluri yang kuat ketika berada di dalam kotak penalti dalam situasi bola mati.
Vermaelen juga dilantik menjadi kapten Arsenal untuk menggantikan Robin Van Persie. Selepas aksi cemerlang di Arsenal, beliau menyertai Barcelona dengan perpindahan £15 juta pada 2014.
Ramai penyokong Barca yang teruja kerana Vermaelen dianggap pengganti terbaik untuk Carles Puyol. Vermaelen dianggap akan menjadi gandingan yang sempurna dengan Gerard Pique.
Tetapi di Barcelona, karier beliau malap. Ada peminat yang terlupa yang Vermaelen masih pemain Barcelona.
Tidak banyak penampilan oleh Vermaelen yang berhadapan dengan krisis kecederaan dan kegagalan untuk menjadi pemain utama.
Beliau gagal untuk menyaingi pemain seperti Mascherano yang asalnya pemain tengah pertahanan. Tetapi Mascherano adalah pilihan yang lebih baik untuk posisi bek tengah.
Kini Ronald Koeman mahu menjadikan Vermaelen sebagai pemain terakhir yang akan menyertai Everton dalam jendela perpindahan kali ini.
Koeman mahu meminjam pemain tersebut dengan opsyen pembelian tetap. Koeman merasakan pemain seperti Vermaelen boleh bermain di bek kiri dan juga pertahanan tengah.
Everton kekurangan pemain di bek kiri dengan Funes Mori yang berehat panjang selepas kecederaan buku lali yang serius. Everton cuma ada seorang pemain yang ‘recognized’ untuk posisi itu, iaitu Leighton Baines.
Dengan jendela perpindahan yang menuju ke hari terakhir, mampukah Everton meyakinkan Vermaelen dan mengatasi masa ‘deadline’ tersebut.
Sumber
Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4838604/Everton-make-loan-offer-Barcelona-s-Thomas-Vermaelen.html