Antonio Conte Terlepas Peluang Dapatkan Rafinha Di Bayern Munich

Rafinha

Pengurus Chelsea, Antonio Conte terus kecewa dalam proses merekrut pemain baru apabila usaha untuk membawa pemain pertahanan kanan Bayern Munich, Rafinha ke Stamford Bridge pula gagal.

Conte kian terdesak untuk mendapatkan pemain baru buat pasukannya setelah usaha tanpa mengenal jemu untuk membida bintang Juventus, Alex Sandro masih menemui jalan buntu serta berita yang terbaru Alex Oxlade-Chamberlain lebih memilih untuk bersama Liverpool berbanding ke Chelsea.

Media di Jerman (Bild) melaporkan Chelsea berminat untuk melengkapkan perpindahan minit terakhir untuk Rafinha sebelum jendela perpindahan ditutup esok.

Bild turut menyatakan bahawa Antonio Conte berminat untuk membawa pemain berusia 31 tahun ini ke Stamford Bridge kerana beliau mahu memberikan persaingan sihat buat Victor Moses.

Rafinha
Conte makin terdesak untuk dapatkan pemain baru. Kredit foto : Metro UK

Pemain yang membuat 2 penampilan bersama Brazil itu sendiri juga masih ragu-ragu berkenaan masa depannya pada awal musim panas ini apabila beliau mengakui bahawa peluangnya untuk menjamin kekerapan bermain di Bayern Munich kelihatan tipis.

“Saya harap saya akan menjadi lebih aktif pada musim ini, saya mempunyai kualiti untuk itu,” katanya.

“Saya berada di sini adalah untuk bermain banyak permainan untuk Bayern Munich. Tetapi kini keadaannya tidak kelihatan baik.

Kekurangan masa permainan beliau terjadi disebabkan oleh peningkatan prestasi pemain muda antarabangsa Jerman, Joshua Kimmich yang berjaya menarik minat Carlo Ancelotti.

Hal ini dibuktikan apabila Rafinha hanya beraksi selama 23 minit bersama Bayern Munich musim ini.

Tetapi berita kurang enak buat Conte dan penyokong Chelsea apabila Bild mengatakan bahawa juara Bundesliga itu tidak mungkin akan melepaskan Rafinha kerana mereka masih menghargai beliau sebagai pemain sokongan yang boleh diharapkan buat Kimmich.

Menurut sumber Sky Deutschland, Bayern tidak berminat untuk menjual pemain tersebut kepada Chelsea dengan alasan hanya tinggal 24 jam sahaja lagi jendela perpindahan akan ditutup. Keadaan ini juga boleh disifatkan sebagai, Rafinha yang menjadi sokongan buat Joshua Kimmich di Bayern hanya bertukar menjadi pemain sokongan buat Victor Moses pula.

Bayern Munich juga difahamkan menawarkan kontrak lanjutan selama 3 tahun kepada Rafinha.

Antonio Conte kecewa lagi !

 

Sumber :

Express (2017) – http://www.express.co.uk/sport/football/847982/Chelsea-Antonio-Conte-Bayern-Munich-Rafinha-Joshua-Kimmich-Transfer-News-Gossip

Get Football News Germany (2017) – http://www.getfootballnewsgermany.com/2017/talks-between-chelsea-and-bayern-munich-over-rafinha-break-down/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN