2 Penyokong Ini Terbang Ke Perancis Untuk Serahkan Buku Khas Kepada Ranieri!

Peminat Leicester ternyata kecewa dengan pemecatan Ranieri musim lalu. Mereka menganggap tindakan itu sebagai paling kejam untuk pengurus yang menjadikan kisah dongeng menjadi kenyataan.

Bagi penyokong Leicester City, Ranieri berhak berada di kelab mereka selama mana beliau mahu setelah apa yang beliau lakukan.

Seorang penyokong Leicester dan anaknya telah terbang ke Perancis, semata-mata untuk menghantar satu buku khas koleksi ucapan terima kasih dan kata-kata sokongan penyokong Leicester City kepada Ranieri yang menjadi pengurus FC Nantes.

Beliau adalah Dean Hawthorne, pemegang tiket bermusim The Foxes. Dean dan anaknya membawa buku bersaiz A3 dengan dilapik dengan kulit ke Perancis untuk dibaca Ranieri.

Dean dan anaknya Oadby, melalui perjalanan sejauh 1,200 batu ke Nantes. Ada 256 muka surat yang dimuat dengan mesej dan gambar dari penyokong Leicester City.

Dan yang mendengar pemecatan Ranieri pada Februari 2016 terus memulakan langkah dan usaha untuk memuatkan kata-kata semangat daripada penyokong kepada Renieri.

Beliau juga mengumpulkan seberapa banyak gambar penyokong Leicester yang meraikan kejuaraan EPL dengan Ranieri.

Ranieri ternyata terharu dengan usaha Dean dan beliau memang tidak akan pernah lupa dengan kejayaan yang dikecapi beliau bersama-sama dengan Leicester yang dianggap beliau ‘turun dari langit.’

Ranieri turut dipilih sebagai jurualtih terbaik tahunan FIFA Best 2016.

Dean sendiri menulis ucapan di dalam buku tersebut yang berbunyi:

“Claudio, penyokong Leicester tidak pernah ada kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih dia atas segala yang anda lakukan kepada kelab ini ketika anda di sini.”

“Saya nak awak tahu yang kami sangat sedih dan merindui anda. Anda akan selamanya menjadi legenda di Leicester. Saya yakin, apa yang saya katakan ini betul dan saya tidak berseorangan.”

“Dengan semua mesej yang terkandung di sini, ada yang datang dari sejauh Australia dan Amerika, cerita Leicester menjuarai musim EPL nyata tersebar ke serata dunia.”

Salah seorang peminat bernama Glenn Murphy menulis:

“King Claudio! Anda membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan dan anda akan sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Terima kasih!”

Dean gembira apabila Claudio Ranieri menghargai buku tersebut dan menganggap buku itu sebagai ‘fantastic’!

Dean berkata:

“Sepanjang sesi pertemuan, kami tidak bercerita langsung tentang pemecatan beliau. Dia kelihatan sangat gembira dengan buku itu dan membelikan tiket perlawanan untuk saya dan anak saya.”

“Buku ini adalah rumusan kepada segala rasa sayang dan hormat kami penyokong Leicester di seluruh dunia kepada beliau.”

Satu kisah yang menarik. Kami di Malaysia juga sentiasa mengagumi pencapaian The Tinkerman dan kisah dongeng Leicester menjuarai EPL!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN