Wayne Rooney: Kisah Pemuda Merseyside Menjadi Legenda Di Manchester

Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam karier anda selepas menjaringkan hatrik dalam perlawanan Champions League yang baru berusia 37 minit pada debut bersama Manchester United.

Untuk pemain seperti Wayne Rooney, destinasi itu bagaikan sudah ditakdirkan.

5 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 1 Piala FA, 3 Piala Liga 1 UEFA Champions League, 1 UEFA Europa League dan 1 FIFA Club World Cup, Rooney ditakdirkan menuju kegemilangan untuk 13 musim seterusnya bersama Manchester United.

Hari ini dalam sejarah

Bagi peminat dan penyokong Manchester United, 31 Ogos 2014 adalah tarikh istimewa melalui tanggapan mereka yang tersendiri.

Wayne Rooney telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United selepas perpindahan bernilai £30 juta termasuk syarat-syarat lain yang dipersetujui dengan Everton.

(photo by Shaun Botterill/Getty Images.)

Semua pihak di United menyambut baik kedatangan Wayne Rooney. Dalam satu sidang media, Sir Alex Ferguson dipetik sebagai berkata:

“Saya sangat teruja. Saya berpendapat bahawa kami telah mendapatkan pemain muda terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara ini sejak 30 tahun yang lalu.”

Arsene Wenger menyifatkan Wayne Rooney sebagai bakat terbesar bola sepak Inggeris apabila pasukan Arsenal bimbingannya menjadi mangsa Rooney untuk memaklumkan kedatangannya ke Liga Perdana Inggeris.

(Photo by Gareth Copley – PA Images/PA Images via Getty Images)

Tidak ada yang menyangkal pendapat dengan Sir Alex mahupun Arsene Wenger pada masa itu terutama selepas prestasi menakjubkan Wayne Rooney di Euro 2004.

Rooney tidak segan silu untuk bersaing denga nama yang lebih besar seperti Zinedine Zidane atau pun Thiery Henry dalam kejohanan tersebut.

Messiah United

Selepas Sir Alex melengkapkan perpindahan Rooney ke Old Trafford, pengendali berbangsa Scotland itu lantas menyamakan Rooney dengan Eric Cantona.

“Saya boleh melihat persamaan impak yang akan dibawa oleh Rooney seperti apa yang telah dilakukan oleh Cantona,” ujar Sir Alex.

(Photo by Phil Noble – PA Images/PA Images via Getty Images)

Perbandingan sebegitu tidak membantu. Cantona tiba bagaikan penyelamat, memulihkan kembali Manchester United ke kemuncak bola sepak Inggeris.

Pada ketika Rooney tiba di Old Trafford, Manchester United adalah pemenang Piala FA dan juga juara liga sebanyak 4 kali sejak 6 musim terakhir saingan EPL. Apa yang dilakukan oleh Rooney sebenarnya ialah menambah baik skuad sedia ada Manchester United.

Rooney terpaksa bersabar dan menunggu sehingga musim ke-3 beliau di Old Trafford untuk memenangi kejuaraan EPL pertama. Jelas ia tidak sama seperti memberikan impak dalam debut menentang Fenerbahce.

(Photo by Neal Simpson – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Jaringan voli untuk gol penyamaan United ketika berhadapan dengan Newcastle pada April 2007 adalah luar biasa dari segi penyataan cita-cita dan kesudahan yang Rooney mahukan di United.

Menuju puncak bersama Manchester United

2 gelaran ‘PFA Young Player of the Year’ untuk dua musim pertamanya bersama Manchester United, Wayne Rooney merangkul 3 gelaran EPL secara berturut-turut di antara tahun 2006-2009.

Pada masa tersebut, corak permainannya menunjukkan lebih kematangan dan juga versatility.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Rooney mampu beraksi di pelbagai posisi termasuk mengorbankan diri beraksi di bahagian sayap dalam perlawanan besar. Ini turut menyerlahkan potensi pemain ini yang kaya dengan kebolehan bola sepak.

Semua itu membantu Manchester United untuk tampil dalam 2 perlawanan akhir UEFA Champions League secara berturut-turut- United menjulang yang pertama pada 2008.

Apabila Cristiano Ronaldo berpindah ke Real Madrid, tidak ada pemain lain yang bekerja lebih banyak daripada Wayne Rooney untuk memastikan United kekal kompetitif.

Malah pemergian Ronaldo membuka ruang untuk prestasi terbaik Rooney bersama United, menjaringkan 34 gol melalui 43 perlawanan pada musim 2011-12.

(Photo credit should read ALEXANDER NEMENOV/AFP/Getty Images)

Anda pasti mengingati gol sepakan gunting Wayne Rooney ketika menewaskan Manchester City 2-1 pada 2011.

Kemenangan tersebut membantu Manchester United menjulang kejuaraan liga pada 2011 dan gol Rooney dalam perlawanan itu dinobatkan sebagai ‘Gol Terhebat dalam Sejarah EPL’.

Prestasi Wayne Rooney pada musim 2011-12 dengan 34 gol disifatkan oleh penganalisa sukan sebagai luar biasa.

Hanya Ruud van Nistelrooy mampu melakukan sedemikian rupa sejak era Denis Law. Tetapi Rooney adalah lebih baik dari Nistelrooy.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Tatkala penyerang Belanda itu adalah baka ‘poacher’ semulajadi yang tajam ketika menerima bola di dalam kawasan penalti lawan, Rooney lincah menjaringkan gol cantik dari dalam dan luar kotak penalti.

Wayne Rooney juga gigih melakukan larian di serata padang untuk menghasilkan bantuan gol buat rakan sepasukan.

Untuk rekod, Wayne Rooney adlah salah seorang dari 4 pemain yang mempunyai lebih 100 bantuan gol di EPL. Wayne Rooney adalah satu-satunya penyerang yang melakukannya.

Labuhnya tirai seorang lagi legenda Old Trafford

Pada musim pertama Louis van Gaal mengambil alih Manchester United, Wayne Rooney masih lagi penjaring terbanyak buat kelabnya.

Namun Rooney tidak mampu untuk menghalang kemerosotan era pasca Sir Alex daripada berterusan walaupun memenangi Piala FA pertamanya pada 2016.

Piala FA melengkapkan kabinet kejuaraan Wayne Rooney bersama Manchester United. Ini menjadikan hanya tinggal satu misi sahaja lagi- memecahkan rekod jaringan tertinggi sepanjang zaman Manchester United.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Wayne Rooney turut memecahkan rekod yang selama ini dipegang oleh Sir Bobby Charlton dalam perlawanan menentang Stoke pada Januari lalu.

Selepas itu, ia semakin jelas bahawa perjalanan Wayne Rooney bersama Manchester United sudah lengkap. Wayne Rooney kembali ke kelab asalnya Everton pada Julai lalu selepas 13 musim yang hebat di Olf Trafford.

Anda tidak boleh menyamakan Wayne Rooney dengan Eric Cantona, Ryan Giggs, Sir Bobby Charlton atau pun George Best.

Rooney memenangi lebih banyak kejuaraan bersama United (kecuali Ryan Giggs) dan menjaringkan lebih banyak jaringan daripada nama-nama tersebut.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Bersama Manchester United, Rooney cemerlang di dalam pasukan dan juga sebagai individu. Menjadikan dirinya sebagai karya dan juga pengkarya bola sepak yang dirinya inginkan.

Keras diadun dengan keangkuhan keyakinan, Rooney adalah bintang dan kini legenda di Manchester United.

559 perlawanan, 253 gol, dan 16 trofi kejuaraan!

Walaupun untuk melangkaui harapan sesetengah pihak itu adalah mustahil, Wayne Rooney tahu dirinya telah melalui segala jangkaan dengan jayanya sebagai laskar The Red Devils!

Sumber:

1. Adam Bate, Sky Sports (2017): Wayne Rooney leaves Manchester United for Everton: What is his Old Trafford legacy?; http://www.skysports.com/football/news/11095/10941403/wayne-rooney-leaves-manchester-united-for-everton-what-is-his-old-trafford-legacy

2. BBC (2014): Man Utd sign Rooney; http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/eng_prem/3611234.stm

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN