Romelu Lukaku Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Tuduhan Amalan Voodoo

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku sedang menilai sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Farhad Moshiri setelah pemilik Everton tersebut mendakwa Lukaku memilih untuk meninggalkan Goodison Park kerana percaya kepada mesej hasil amalan voodoo.

Voodoo adalah sejenis tradisi keagamaan mistik-animisme yang berasal dari Afrika Barat. Walaupun memiliki doktrin keagamaan tersendiri, voodoo turut dikaitkan dengan amalan syirik dan sihir menyeksa manusia melalui patung-patung.

(Photo by James Williamson – AMA/West Bromwich Albion FC via Getty Images)

Moshiri dipercayai berkata demikian kepada pemegang saham di Everton, dan mendakwa Lukaku menerima mesej tersebut hasil daripada amalan voodoo yang dilakukan di Afrika.

Lukaku menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan £75 juta pada musim panas lalu setelah menolak tawaran kontrak baru untuk kekal bersama Everton.

Wakil Lukaku melalui kenyataan kepada BBC berkata: “Keputusan penghijrahan Romelu Lukaku ke Manchester United tidak ada kaitan dengan amalan voodoo.”

Photo: Tony Savino

Kenyataan tersebut turut berkata:

“Lukaku tidak mengamalkan kepercayaan voodoo dan kenyataan ini turut bermakna Lukaku akan mempertimbangkan tindakan perundangan yang difikirkan wajar.”

BBC Sports turut melaporkan bahawa Lukaku tidak senang dengan dakwaan oleh Moshiri tersebut.

Wakil Lukaku turut menjelaskan bahawa pemain itu menolak tawaran untuk dijadikan penerima bayaran tertinggi di Everton untuk merebut peluang tampil di pertandingan peringkat setinggi mungkin.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 22: Farhad Moshiri who owns 49.9% stake in Everton looks on during the Premier League match between Everton and Arsenal at Goodison Park on October 22, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

“Romelu Lukaku ialah seorang penganut ajaran Katolik dan voodoo bukan sebahagian daripada amalan agama yang dianut oleh Lukaku.”

“Lukaku tidak mempercayai keupayaan Everton dan tidak yakin akan projek yang dibawa oleh En.Moshiri untuk hala tuju kelab berkenaan. Kerana itulah Lukaku enggan terus bersama Everton, walau apa pun jenis tawaran yang diberikan.”

“Lukaku jelas mahu pergi lebih jauh dalam karier profesional beliau, dan mahukan jaminan untuk sebelum membuat keputusan untuk pergi,” tambah kenyataan tersebut.

Pada Mac lalu ejen Lukaku, Mino Raiola mendakwa Lukaku hampir pasti akan kekal di Everton. Penyerang antarabangsa Belgium itu turut menerima tawaran daripada Chelsea, namun akhirnya memilih untuk menyertai Jose Mourinho di Manchester United.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Moshiri bagaimanapun mendakwa Everton menawarkan tawaran yang lebih baik daripada Chelsea.

“Kami memberikan tawaran yang lebih baik daripada Chelsea. Ejen beliau hadir ke Finch Farm dan menandatangani kontrak. Pegawai eksekutif, Robert Elstone turut berada di situ, dan semua perancangan sudah tersedia rapi. Beberapa orang wartawan turut mulai menunggu untuk pengumuman,” jelas Moshiri

Moshiri kemudian berkata Lukaku kemudian menghubungi ibunya, yang kemudiannya menggesa agar pemain tersebut menerima tawaran daripada Chelsea.

Jutawan daripada Iran tersebut dikatakan telah membelanjakan sekitar £150 juta daripada poket beliau sendiri untuk melangsaikan segala hutang kelab Merseyside itu.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Beliau juga yakin bahawa keputusan Lukaku bukan disebabkan oleh isu kewangan, setelah menawarkan nilai yang tinggi untuk pemain tersebut kekal di Goodison Park.

“Saya telah membuang masa sehingga dua musim panas untuk memastikan Lukaku kekal. Pada musim pertama, kami terpaksa berhadapan dengan ejen, Lukaku sendiri dan juga keluarganya. Akhirnya kami berjaya mengekalkan beliau.”

“Pada musim panas yang lalu, tawaran kami adalah lebih baik daripada Chelsea, namun Lukaku tetap memilih untuk pergi.”

Moshiri turut menjelaskan bahawa Lukaku telah menolak setiap peluang untuk memungkinkan beliau kekal bersama Everton, dan ini hanya memperlihatkan niat pemain tersebut semakin jelas selepas tamat saingan musim lalu.

Setelah menolak tawaran Chelsea pada musim sebelumnya, Lukaku sekali lagi mengecewakan Chelsea apabila akhirnya memilih Manchester United sebagai destinasi untuk meneruskan karier profesional beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN