Baihakki Khaizan Sanggup Tolak Tawaran Kelab Arab Saudi Demi Kuala Lumpur

Bekas pemain JDT kelahiran Singapura, Baihakki Khaizan menolak tawaran kontrak empat bulan bersama pasukan divisyen dua Arab Saudi, Jeddah Club untuk menyertai pendatang baharu Liga Super 2018, Kuala Lumpur.

Pemain yang berusia 33 tahun itu dijangka akan tiba di Kuala Lumpur esok untuk menantangani kontrak dengan pasukan The City Boys itu.

“Kami sudah hampir memuktamadkan perbincangan dengan Baihakki dan dia dijangka tiba esok untuk menandatangani perjanjian,” kata Setiausaha Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa kepada Berita Harian.

Pengalaman yang dimiliki oleh Baihakki Khaizan menjadi taruhan pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel untuk menguatkan benteng pertahanan skuad warga kota itu.

“Saya mengenalinya, dia pernah bermain dengan JDT dan dia juga banyak pengalaman dalam bola sepak antarabangsa,” kata Maciel yang mengemudi kejayaan Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana musim lalu

Baihakki merupakan pemain keenam dari Singapore yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2018 selain Harris Harun (JDT), Safuwan Baharuddin (Pahang), Faris Ramli (PKNS FC), Madhu Mohana (N.Sembilan) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).

Baihakki Khaizan mempunyai 129 caps dengan skuad kebangsaan Singapura dan telah mewakili negaranya sejak berusia 20 tahun. Foto: Suhaimi Abdullah/Getty Images.

Minggu lepas, pertahanan berpengalaman Singapura itu dilaporkan oleh The Straits Times dalam proses perbincangan bersama kelab yang berpengkalan di Arab Saudi, Jeddah Club.

Baihakki telah menghadiri sesi pemilihan bersama kelab tersebut selepas ejennya, Ashikin Hashim dan rakan ejen di Arab Saudi, menetapkan sesi tersebut ketika Baihakki sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarganya.

Jeddah Club bersaing di divisyen 2, Liga Arab Saudi, dan ketika ini berada di kedudukan ke-14 daripada 16 pasukan. Kelab tersebut dikhabarkan telah menawarkan kontrak 4 bulan kepadanya.

Ejen di Arab Saudi, Faisal Bineissa, yang menguruskan urusan perbincangan kontrak Baihakki dengan Jeddah Club memaklumkan bahawa kelab tersebut sangat tertarik dengan aksi yang dipamerkan Baihakki.

Lebih separuh daripada karier Baihakki dihabiskan di luar Singapura apabila pernah beraksi bersama Persija Jakarta, Persib Bandung, Medan Chiefs dan juga terakhir bersama JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN