Zac Anderson Sah Jadi Milik PKNS FC

Bekas pemain pertahanan import Kedah, Zac Anderson sah sertai pasukan PKNS FC bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Laman facebook rasmi PKNS FC turut mengesahkan kemasukan pemain dari Australia itu bersama pemain import dari Argentina, Jonatan Leonel Costa.

Sebelum ini, beliau dikhabarkan bakal menyertai pasukan Sarawak bagi menghadapi saingan Liga Premier 2018 menurut sumber daripada Sarawakcrocs.

Zac yang mempunyai ketinggian 1.91m dijangka tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan corak permainan tempatan kerana beliau beraksi untuk pasukan Kedah sebelum ini menggantikan Bang Seung Hwan.

Karier Zac bermula dengan Gold Coast United pada 2009. Pemain ini beraksi dengan beberapa lagi kelab Australia sebelum berkelana ke UAE.

Pemain ini sememangnya pemain bek tengah. Namun beliau boleh beraksi di mana-mana posisi bertahan termasuk tengah bertahan, bek sisi (kiri/kanan).

Beliau jarang mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan Australia walaupun sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan bawah 23 tahun Australia.

Tahun lepas bekas pertahanan Kedah tersebut mengalami kecederaan pinggul selama hampir 2 bulan dan kerana itu beliau terpaksa melupakan perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan pasukan beliau muncul juara selepas menewaskan Pahang.

Selepas itu beliau telah pulang ke Australia untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar mengenai kecederaan yang dialami beliau.

Hasilnya kini, beliau telah pun kembali pulih dan tidak lagi merasai kesakitan di bahagian pinggul.

Zac Anderson beraksi dengan pasukan Kedah musim 2017. Photo by Muhammad Syamil Naim

Bercakap kepada Harian Metro, bekas pertahanan Central Coast Mariners itu melontarkan keyakinan terhadap kemampuan PKNS FC yang mampu mencabar kejuaraan pada musim hadapan.

“PKNS FC melakukan tugas yang baik dengan membawa masuk ramai pemain muda tempatan dan juga import yang hebat. Saya tidak sabar untuk memulakan musim hadapan.

“Kami mengharapkan kombinasi yang baik antara pemain tempatan dan juga import. Kami mahu menjadi antara pasukan terkuat musim hadapan,” katanya.

Pertahanan berusia 27 tahun itu adalah pemain import keempat menyertai PKNS FC selepas pasukan itu berjaya mendapatkan khidmat Muhammad Faris Ramli, Romel Morales Ramirez dan juga Jonatan Leonel Acosta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN