Nguyen Van Quyet Bakal Dipinjamkan Ke Pasukan Kedah

Pemain sayap skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet dilaporkan akan berhijrah ke Malaysia apabila menolak tawaran kelab Thailand, Muangthong United untuk menyertai pasukan juara Piala FA 2017, Kedah.

Laman facebook rasmi kelabnya, Hanoi FC yang memaparkan gambar beliau dengan ucapan “we will miss you” (Kami akan merindui anda) menguatkan lagi spekulasi mengenai penghijrahan pemain ini ke luar Vietnam.

Menurut media Vietnam, Nguyen pada mulanya dikaitkan dengan pasukan juara liga Thailand, Buriram United tetapi dinafikan oleh kelab tersebut yang telah menandatangani pemain Vietnam kelahiran Nigeria, Hoang Vu Samson.

Presiden Hano FC, Nguyen Quoc Hoi mengesahkan Nguyen masih mempunyai baki kontrak selama 2 tahun dengan kelab itu dan mereka sedia meminjamkannya kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Van Quyet mahu berhijrah ke luar negara, kami cadangkan kepada beliau untuk ke Thailand tetapi beliau memilih Malaysia,” kata Quoc Hoi kepada VnExpress.

“Dia masih mempunyai kontrak 2 tahun dengan Hanoi FC tetapi kami sedia melepaskannya untuk perpindahan pinjaman maksimum 1 tahun,” katanya.

Laman twitter dari Thailand turut melaporkan Nguyen telah menerima tawaran daripada Kedah sekaligus menguatkan lagi khabar angin perpindahan pemain itu ke Liga Malaysia 2018.

Kedah turut menandatangani pemain import dari kelab Hanoi FC, Alvaro Silva yang mempunyai taraf warganegara Filipina untuk kuota Asia.

Nguyen merupakan kapten skuad kebangsaan Vietnam dan beraksi di posisi sayap. Beliau yang mempunyai 50 caps dengan skuad kebangsaan Vietnam telah menjaringkan 13 gol di peringkat antarabangsa.

Kehadiran beliau dalam skuad Kedah pasti akan menghadirkan saingan yang sengit dalam Liga Super 2018 dimana juara liga akan mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN