Romel Morales Jadi Pemain Naturalisasi Terbaharu Dipanggil Sertai Harimau Malaya

Penyerang Kuala Lumpur City (KL City), Romel Morales menjadi pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dan ini mengesahkan status beliau selaku bintang naturalisasi negara.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula pada 26 Disember ini di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Panggilan ini dianggap sangat penting kerana skuad kendalian Kim Pan-gon mahu membuat persiapan secukupnya sebelum mereka menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun hadapan.

Nama Morales antara mencuri tumpuan, kerana beliau merupakan bintang naturalisasi baharu negara yang dipanggil buat pertama kali bersama pasukan kebangsaan.

Morales menjadi pemain kelapan yang diberi status naturalisasi dan berkemungkinan besar akan menjadi pertaruhan penting Pan-gon untuk posisi utama serangan negara.

Nama Morales bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak negara, selepas pemain tersebut memulakan karier di sini sejak tahun 2018 bersama PKNS.

Pemain dari Columbia itu boleh dianggap sangat unik, kerana awal pembabitan kariernya dalam saingan Liga Super beliau lebih banyak beraksi di posisi tengah menyerang.

Malah musim ini juga menyaksikan Morales tidak hanya tertumpu selaku penyerang utama KL City, malah beliau telah beraksi di empat lagi posisi mengikut kesesuaian taktikal diletakkan oleh jurulatih pasukan.

Secara dominan, Morales telah pun beraksi sebagai penyerang utama KL City selain sebagai pemain sayap kiri, tengah menyerang, serta di bahagian tengah.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja memiliki aspek penyudah yang berkualiti, sebaliknya sangat kreatif melancarkan serangan serta mempunyai visi cukup tinggi untuk memulakan pergerakan.

Musim ini menyaksikan Morales sudah pun menghasilkan 11 gol secara keseluruhan buat KL City daripada 26 perlawanan bagi semua saingan peringkat domestik selain satu bantuan jaringan turut dicatat beliau.

Daripada 26 nama ini juga, empat daripadanya merupakan pemain naturalisasi dengan Morales, Paulo Josue, Mohamadou Sumareh, serta Endrick dos Santos terpilih menjalani sesi kem latihan pusat.

Kenapa Romel Morales Bakal Jadi Aset Sangat Berharga Buat Harimau Malaya?

Selain Morales, nama yang paling mencuri tumpuan untuk aksi Piala Asia kali ini turut terarah kepada Natxo Insa untuk turut mendapat panggilan menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Pada masa sama, dua tonggak pertahanan negara iaitu Sharul Nazeem bersama Azam Azmi Murad pula terpaksa diketepikan untuk kem kebangsaan ini kerana dilaporkan mengalami isu kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN