Ketajaman Shahrel Fikri Tarik Minat 3 Pasukan Untuk Musim 2024

Penyerang berbisa tempatan, Shahrel Fikri kini menjadi antara tumpuan penting selepas beliau sah tidak akan meneruskan musim hadapan bersama Negeri Sembilan bagi aksi Liga Malaysia (Liga M).

Terdahulu, Shahrel boleh dianggap sedang mengharungi satu musim yang memuaskan untuk diri beliau selepas pemain ini telah pun merekodkan tujuh jaringan bersama dua bantuan gol sepanjang bersama pasukan tersebut bagi aksi domestik.

Menjadi antara penjaring terbanyak tempatan musim ini, pastinya kelibat Shahrel menjadi tumpuan beberapa pasukan lain yang ingin menggunakan kualiti beliau untuk mempertajamkan aspek serangan.

Siapa sahaja tidak mengenali kualiti dimiliki Shahrel yang bijak membuat larian deras untuk mengatasi pertahanan lawan selain sangat tajam menyudahkan segala peluang terhidang.

Malah, rekod juga pernah menyaksikan Shahrel sendiri dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik tahun 2020 dan sudah tentu pemain ini menjadi suatu aset berharga buat mana-mana pasukan bagi mendapatkan penggempur tempatan.

Selain itu, Shahrel juga menjadi antara pemain yang pernah berkelana di luar negara, selepas ketajaman beliau menarik minat Nakhon Ratchasima di Thailand dengan status pinjaman.

Laporan terbaharu menyatakan ada tiga kelab tempatan kini berminat untuk mendapatkan pemain tersebut dalam usaha mereka untuk memperkasakan lagi posisi serangan tahun hadapan.

Perak, Kuala Lumpur City (KL City), dan Sri Pahang dilaporkan kini sedang mengintai peluang untuk cuba mendapatkan penyerang tersebut untuk musim hadapan menerusi laporan dikeluarkan oleh T. Avineshwaran melalui aplikasi X.

Perak pastinya kini menjadi antara pasukan yang mungkin disertai oleh Shahrel selepas beliau muncul selaku antara penyerang tempatan paling berbisa ketika itu sehingga namanya menjadi sebutan ramai para penyokong tempatan.

Jika beliau kembali bersama Perak, peluang untuk Shahrel terus menyerlah dilihat terbuka selepas pengendali pasukan tersebut kini, Yusri Che Lah antara jurulatih bijak mengadunkan pemain tempatan dan import.

Perak juga menjadi antara pasukan tidak konsisten sebenarnya musim ini di posisi serangan, dan kehadiran Shahrel dianggap mampu untuk mengatasinya terutama sekali untuk membantu menaikkan bakat muda lain.

Pasukan lain seperti KL City dan Sri Pahang juga dilihat memiliki potensi tersendiri sebenarnya untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu jika dinilai daripada segi corak permainan mereka.

Namun berdasarkan bayangan semasa diberikan, berkemungkinan besar Shahrel akan menyertai Sri Pahang untuk saingan musim hadapan.

Pada pandangan anda, pasukan mana paling layak untuk disertai Shahrel pada musim hadapan selain Perak, KL City, dan Sri Pahang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN