Alasan Kenapa Real Madrid Dilarang Bertemu PSV Untuk Aksi Kalah Mati UCL

Peminat terkejut ketika melihat sesi undian untuk pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini selepas ada keputusan yang sepertinya agak mencurigakan.

Ramai yang bingung ketika melihat Real Madrid tak dibenarkan untuk diundi bertemu PSV walau kedua-dua pasukan bukan dari negara yang sama dan bukan dari kumpulan yang sama.

Sesi undian tersebut memperlihatkan juara dari setiap kumpulan akan diundi bertemu dengan naib juara kumpulan lain.

Walau bagaimanapun, pasukan yang datang dari negara sama dan kumpulan yang sama tidak dibenarkan untuk bertemu di pusingan 16 terbaik.

Real Madrid diundi bertemu RB Leipzig pada akhir sesi undian, dengan gergasi Jerman itu merupakan naib juara kumpulan di belakang Manchester City.

PSV sementara itu juga merupakan naib juara kumpulan di belakang Arsenal dengan mereka akhirnya diundi bertemu Borussia Dortmund.

Walau bagaimanapun, ketika gergasi Belanda itu dipilih oleh legenda Chelsea, John Terry, mereka sebenarnya berpotensi untuk diundi bertemu Real Madrid di pusingan kalah mati nanti.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak dibenarkan untuk berlaku dengan Real Madrid tak boleh bertemu dengan PSV di pusingan 16 terbaik nanti.

Peminat terkejut melihat hal tersebut kerana merasakan yang kedua-dua pasukan itu tak sepatutnya dihalang untuk bertemu antara satu sama lain.

Kedua-dua pasukan tersebut bukan dari kumpulan yang sama dan bukan juga dari negara yang sama, maka peminat merasakan mereka sepatutnya boleh saja diundi bertemu di pusingan 16 terbaik nanti.

“Kenapa Real Madrid tak layak bertemu PSV? Ada peraturan lain yang saya tak tahu?”

“Saya tak faham, mereka keluarkan bola PSV, mereka letakkan pada grafik TV dan sahkan yang Real Madrid tak boleh diundi bertemu PSV. Kenapa?”

Ada juga peminat yang perasan bahawa Copenhagen juga turut tak dibenarkan untuk bertemu Real Madrid di pusingan 16 terbaik nanti dengan menulis.

“Kenapa Copenhagen dan PSV tak boleh bertemu Real Madrid?”

“Ada peraturan apa yang menyebabkan Real Madrid tak boleh bertemu PSV atau Copenhagen?”

Alasan sebenar tentang mengapa Real Madrid tak dibenarkan bertemu kedua-dua kelab itu adalah kerana mengelakkan kelab lain melanggar peraturan yang ada.

Seandainya Real Madrid diundi bertemu PSV ketika undian sebentar tadi, maka sebenarnya sesi undian mungkin patut diulang semula kerana beberapa faktor.

Bayern Munich masih belum diundi selepas PSV, bermaksud andai Real Madrid bertemu gergasi Belanda itu, maka Bayern bakal diundi bertemu RB Leipzig atau Copenhagen.

Bayern jelas sekali tak dibenarkan bertemu Copenhagen kerana mereka datang dari kumpulan yang sama dan Leipzig pula kerana dari negara yang sama.

Manchester City juga masih belum diundi, dan andai mereka diundi bertemu RB Leipzig, maka ia tak boleh berlaku kerana kedua-dua kelab datang dari kumpulan yang sama.

Dan andai PSV dan Real Madrid dibenarkan untuk bertemu, maka ia akan menyukarkan UEFA untuk meneruskan undian kerana baki kelab yang tinggal tak boleh bertemu satu sama lain.

Bayern Munich akhirnya diundi bertemu Lazio, sementara Manchester City pula diundi bertemu Copenhagen untuk aksi di pusingan 16 terbaik nanti.

Aksi pusingan 16 terbaik bakal bermula pada Februari tahun hadapan dan berikut merupakan senarai perlawanan untuk aksi diperingkat kalah mati saingan Champions League nanti.

Keputusan undian untuk aksi pusingan 16 terbaik saingan Champions League:

Porto vs. Arsenal
Napoli vs. Barcelona
PSG vs. Real Sociedad
Inter vs. Atlético
PSV vs. Dortmund
Lazio vs. Bayern
Copenhagen vs. Man City
RB Leipzig vs. Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN