Pertahanan kental Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Rodney Celvin Akwensivie menjadi antara pemain yang mahu pasukan diwakilinya berwaspada dengan sebarang ancaman dibuat oleh Sabah untuk aksi malam ini.
Kedah bakal melayan kunjungan Sabah untuk aksi Liga Super di Stadium Darul Aman (SDA), dengan pasukan tuan rumah pastinya mempunyai impian besar untuk kembali melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
🔰 MATCHDAY 🔰
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 13 | Liga Super 2023
🆚 Sabah FC
📆 2 Jun 2023, Jumaat
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman📡 LIVE Astro 803 & Astro GO pic.twitter.com/mSeyKf9Vj2
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 2, 2023
Apa tidaknya, skuad kendalian Nafuzi Zain itu terpaksa menerima kekalahan tipis 2-3 sebelum itu kepada Selangor dan hasrat untuk mereka mendapatkan kemenangan penting disekat seketika.
Beraksi menentang Sabah, Sang Kenari memiliki peluang terbaik untuk terus memperbaiki kedudukan mereka di tangga keempat meminta skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee jika mereka berjaya meraih kemenangan.
Walaubagaimana pun, impian tersebut dilihat sedikit sukar kerana Sabah juga kini mempamerkan peningkatan dalam corak permainan serta mempunyai barisan bintang berkualiti.
Disebabkan itu, Rodney berharap agar rakan sepasukan yang lain mampu berwaspada akan ancaman pemain lawan terutama sekali kepada bekas kapten Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar.
Menurut Rodney, Sabah antara pasukan yang berjaya mempamerkan momentum perlawanan dengan sangat kebelakangan ini sambil menyifatkan Baddrol Bakhtiar bersama Park Tae-su sebagai pemain sukar dijangka di atas padang.
Tambah Rodney, pengalaman luas dimiliki Baddrol juga sangat berbahaya kerana pemain tersebut boleh jelas bijak dalam mengawal situasi permainan serta mampu menghukum pihak lawan.
“Memang agak sukar apabila menentang Sabah sebab mereka pun baru tewas dengan Kuala Lumpur City FC (Piala FA) dan sudah tentu selepas ini mereka ingin bangkit untuk menang.
“Tetapi kita di Kedah juga tidak akan berdiam diri dan tidak boleh lagi kehilangan mata terutamanya selepas tewas dengan Selangor tempoh hari.
“Saya tengok Baddrol dan Tae-su banyak kelebihan di atas padang dan macam Baddrol, saya pernah bermain bersamanya sebelum ini, jadi kita dapat tengok dia sentiasa mampu untuk mengawal apa jua keadaan pun.
“Apatah lagi dengan pengalamannya yang lama di sini (Kedah), saya rasa apa-apa pun boleh berlaku dan kita tidak boleh nak pandang mudah perlawanan itu nanti,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Rodney juga mengakui sangat berpuas hati dengan keadaan terkini selepas diberi lebih banyak ruang untuk beraksi bawah kendalian Nafuzi Zain.
Wishing Rodney Celvin a very happy birthday! #bonai 🎈🎁
Leave your birthday wishes for him below 👇#RC3 #Birthday #KDAFC#PulunKedahPulun#SangKenari#BiarJasaJadiKenangan pic.twitter.com/AD1DZrzYoT
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 25, 2022
“Kalau nak bercakap pasal prestasi, saya daripada awal musim banyak duduk di bangku simpanan dan selepas itu semakin diberi peluang untuk bermain.
“Jurulatih pun dah semakin yakin untuk beri saya peluang bermain, tetapi yang penting saya sentiasa kena cuba berusaha lebih keras dalam latihan,” katanya.