Rio Ferdinand Dihentam Kerana Bagi Alasan Bodoh Lepas ‘Kantoi’ Fitnah Messi

Rio Ferdinand dihentam oleh peminat kerana beliau memberi alasan bodoh selepas terkantoi menfitnah Lionel Messi menyahikut bintang Manchester United, Alejandro Garnacho di media sosial.

Ferdinand baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat yang Lionel Messi telah menyahikut Garnacho di media sosial.

Menurut Ferdinand, Messi melakukan hal itu kerana beliau tidak menerima yang Garnacho lebih memilih untuk mengakui yang Ronaldo adalah Greatest Of All Time (GOAT) sebenar.

Bercakap ketika di podcast FIVE, Ferdinand ketika itu memuji gol lipat Garnacho dan dalam pada memuji beliau sempat berkongsi kisah tentang Messi.

“Kawan saya ada cerita, Messi menyahikut budak ini sebab dia (Garnacho) dengan terbuka mengaku Ronaldo adalah GOAT, dan dia adalah geng Ronaldo. Hal itu berlaku ketika dia sedang berada dalam kem skuad kebangsaan Argentina.”

Banyak media yang berkongsi semula kisah tersebut dan jelas sekali isu melibatkan perdebatan antara Messi dan Ronaldo sememangnya sentiasa mendapat perhatian.

Dek kerana isu itu menjadi tular, abang Garnacho tampil mendedahkan yang berita itu tidak benar dan Ferdinand sebenarnya sudah menyebarkan fitnah.

Beliau juga turut mendesak agar legenda Manchester United itu supaya berhenti menyebarkan fitnah serta kebencian.

“Tak betul, Messi tak pernah ikuti dia (Garnacho) pun. Sudah-sudahlah mengarang cerita hanya untuk sekadar menimbulkan kebencian. Garna (Garnacho) sememangnya mengagumi kedua-dua mereka (Ronaldo dan Messi). Dan kamu semua cuba untuk mencipta permusuhan?”

Dan ciapan dari abang Garnacho itu mendapat perhatian dari si tukang fitnah sendiri, Rio Ferdinand.

Ferdinand tampil membalas ciapan itu namun alasan yang beliau bagi sepertinya mengundang kecaman dari para peminat.

Ferdinand menegaskan yang kenyataan beliau keluarkan itu hanyalah sarcasm sahaja.

Mendengar alasan dungu Rio Ferdinand itu, para peminat di media sosial rata-rata menghentam legenda England itu.

“Selepas ketahuan dia sekadar menfitnah, dia dengan tenang jawab itu hanya sarcasm? Adakah dia masih waras? Saya rasa dia sudah tak waras.”

“Alasan paling bodoh pernah saya dengar, kenapa dia tak minta maaf dan akui sahaja maklumat dia terima tu salah? Kenapa dia nak lindung diri sendiri dengan anggap itu hanya sarcasm?”

“Rio Ferdinand terlalu terburu-buru untuk balas kenyataan abang Garnacho, dia tak sepatutnya balas seperti ini. Saya yakin dia benar-benar dah hilang akal.”

“Dia cuba buat semua orang benci Messi, kemudian dia kata itu hanya sarcasm? Saya rasa saya sudah tidak menghormati dia lagi dan dia tak berhak untuk dihormati.”

“Macam mana dia boleh ada keyakinan untuk bagi alasan macam tu? Dia sebar kebencian hingga semua percaya cerita itu dan lepas penipuan itu terbongkar, dia bagi alasan macam ini? Gila!”

Begitulah komen-komen dari peminat yang tak berpuas hati mendengar jawapan dari Ferdinand tentang mengapa beliau menfitnah Messi itu.

Jelas sekali semua peminat juga tahu yang Garnacho sememangnya mengidolakan Cristiano Ronaldo dan hal itu juga diakui oleh bintang muda Man United itu sendiri.

Namun begitu, Garnacho juga sebenarnya turut pernah mengakui yang Messi adalah idola beliau dan turut melabel legenda Barcelona itu sebagai GOAT.

Beliau tidak pernah merendahkan Messi atau pun Ronaldo, sebaliknya beliau sentiasa mengagumi kedua-dua pemain itu sebagai yang terhebat sepanjang zaman.

Adakah alasan Rio Ferdinand menfitnah Messi itu boleh diterima? Atau memang benar alasan beliau itu terlalu bodoh untuk diterima oleh semua? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN