Lelaki Ini Kongsi Kedudukan Terbaik Untuk Penonton Di SNBJ

Seperti diketahui, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) merupakan salah satu lokasi yang sangat sibuk saban tahun dengan pelbagai aktiviti besar-besaran diadakan termasuk hiburan serta sukan.

Terbaharu, SNBJ telah pun menganjurkan salah satu konsert yang membabitkan kumpulan terkemuka dunia iaitu Coldplay dan berjaya menarik minat ribuan penonton untuk menghadirinya.

Selain itu, SNBJ juga seperti diketahui ramai peminat bola sepak tempatan merupakan laman rasmi buat skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Terbaharu, tampil seorang lelaki yang bernama Afrie Irham telah berkongsikan suatu projek menarik dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai selepas ini untuk mendapat sudut lebih menarik bagi menonton bola sepak atau sebarang konsert.

Stadium yang dapat dibanjiri puluhan ribu penonton ini sudah tentu akan menghasilkan paparan yang berbeza buat setiap individu dan, Afrie tampil untuk berkongsi tips kreatif cara mendapatkan kedudukan sebenar di sana.

Menerusi satu laman web yang diciptakan oleh Afrie yang bernama BukitJalilStadium.com, pengguna dapat memilih kedudukan terbaik mereka dengan hanya menekan setiap nombor tempat duduk berserta pilihan versi zoom 1.0 serta 0.5.

Walaupun begitu, masih ada kelemahan dinyatakan Afrie dengan beliau mengakui tidak sempat untuk berada di tingkat satu serta beberapa lokasi bagi tingkat dua dan tiga.

Laporan daripada The Rakyat Post menyatakan usaha yang dilakukan oleh Afrie sebelum ini dibuat ketika membabitkan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kyrgyzstan ketika Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D lalu.

Perkongsian yang dilakukan oleh Afrie ini jelas memberi manfaat yang cukup besar buat semua yang ingin menghadiri SNBJ akan datang.

Walaupun belum sempurna, ianya dianggap cukup membantu orang ramai selepas ini yang berhasrat ingin mendapatkan kedudukan terbaik mereka bagi menyaksikan konsert atau perlawanan bola sepak mengikut kesesuaian.

Malah, tindakan genius dibuat oleh Afrie juga jelas mendapat pujian orang ramai dan menganggap usaha beliau sebagai sesuatu cukup kreatif serta bermanfaat.

Harapan kami di Semuanya BOLA berharap supaya usaha dibuat oleh Afrie mendapat perhatian daripada pihak pengurusan stadium untuk berkolaborasi bersama lelaki ini pada masa akan datang demi manfaat lebih meluas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN