Faisal Halim Mampu Lebur Hasrat Kedah Untuk Ke Asia Musim Depan

Pemain sayap lincah Selangor, Faisal Halim dijangka bakal memainkan peranan sangat penting pada perlawanan hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang Kedah Darul Aman (Kedah) untuk saingan Liga Super 2023.

Perlawanan yang bakal berlangsung malam ini di Stadium Darul Aman (SDA), dijangka bakal menjadi tumpuan penting kerana kedua pasukan tersebut tampil begitu menyerlah sejak awal musim bersama corak permainan menyakinkan.

Selangor ketika ini hampir mengesahkan diri mereka di tangga kedua Liga Super, selepas pasukan tersebut hanya perlu memastikan kemenangan sahaja untuk berdepan cabaran Sang Kenari bagi menjarakkan lagi perbezaan mata.

Kedudukan semasa kini menyaksikan The Red Giants unggul di tangga kedua Liga Super menerusi jumlah kutipan mata sebanyak 55 mata selepas merekodkan 18 kemenangan serta sekali seri daripada 24 perlawanan.

Kedah di tangga ketiga pula kini masih mengekori rapat Selangor setelah skuad kendalian Nafuzi meraih 53 mata daripada 17 kemenangan serta dua kali seri bersama prestasi menyakinkan.

Untuk saingan malam ini, beberapa pemain dijangka mampu untuk membawa pasukan masing-masing mencipta kejayaan dengan Faisal Halim antara tumpuan penting.

Faisal yang menandatangani kontrak bersama Selangor musim ini tampil bersama aksi cukup mengujakan terutama sekali daripada segi aspek serangan The Red Giants kini jauh lebih menyakinkan.

Untuk aksi Liga Super sahaja menyaksikan Faisal telah pun meledak 11 jaringan musim ini dan menjadikan beliau sebagai antara pemain tempatan paling berbisa di hadapan gawang gol.

Malah, penyerang ini juga membawa pengaruh cukup besar di posisi serangan selepas pemain tersebut telah pun mencipta lapan bantuan gol daripada 21 perlawanan telah dihadapi.

Secara keseluruhan, pemain ini telah meledak 12 gol serta 10 bantuan jaringan sepanjang aksi beliau bersama Selangor bagi saingan peringkat domestik musim 2023.

Hadir bersama pakej kelincahan serta tajam di hadapan gol, maka pemain ini sudah tentu akan menjadi pertaruhan penting buat Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Faisal bukan sahaja memiliki keupayaan individu yang sangat tinggi, malah beliau juga bijak mencipta kombinasi serangan berbahaya bersama Yohandry Orozo serta Ayron Del Valle untuk mendapatkan gol.

Pastinya aksi beliau akan menjadi tumpuan utama kepada Nafuzi Zain untuk memastikan Faisal dan rakan serangan lain tidak sewenang-wenangnya menguasai bola untuk mendapatkan jaringan di Alor Setar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN