‘5 Tahun Penantian’- Uche Agba Hampir Pasti Dakap Trofi Sulung Di Malaysia

Penyerang import PDRM, Uche Agba boleh dianggap kini berada pada tahun terbaik beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas memulakan karier di sini sejak tahun 2019.

Apa tidaknya, PDRM kini berada di landasan tepat untuk muncul selaku juara saingan MFL Challenge Cup 2023, selepas mereka mudah mengatasi Kuching City menerusi keputusan 3-0 untuk final pusingan pertama.

Pada aksi tersebut, Agba turun dengan reputasi tinggi selaku salah seorang penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama Abu Kamara yang sudah pun meraih tiga jaringan sepanjang saingan tersebut berlangsung.

Namun momentum Agba terus meningkat apabila beliau berjaya memisahkan kedudukan beliau bersama Kamara selepas penyerang Nigeria itu memperoleh satu lagi gol peribadi untuk meletakkan beliau kini sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah empat jaringan.

Beliau kini bukan sahaja hampir mendakap trofi sulung sepanjang beraksi di Malaysia, malah turut akan mendapat gelaran peribadi selaku penjaring terbanyak Challenge Cup jika aksi seterusnya memihak kepada PDRM.

Hadir selaku rekrut terbaharu PDRM musim ini, sebenarnya penyerang bertubuh tegap itu memulakan karier beliau pada tahun 2019 bersama pasukan yang sama sebelum jodoh mereka kini kembali bertaut.

PDRM yang kembali beraksi di pentas Liga Super musim ini telah pun membuat beberapa perubahan dalam kalangan pemain dengsn beberapa nama import baharu ditandatangani.

Agba antara kembali diberi kepercayaan untuk menyarung jersi PDRM dan hasilnya pemain ini membalas kepercayaan pasukan tersebut menerusi sembilan jaringan daripada semua aksi domestik bersama kelab itu.

Selain berperanan selaku penggempur utama PDRM, penyerang ini turut memberi impak cukup besar di posisi serangan pasukan dengan empat bantuan jaringan turut dilakar beliau buat rakan sepasukan lain.

Daripada segi statistik semasa jaringan, mungkin Agba dilihat kurang menyerlah berbanding para pemain import pasukan lain yang lebih tinggi daripada jumlah gol dihasilkan.

Namun pemain ini telah pun memberi impak cukup tinggi buat kejayaan PDRM musim ini khususnya daripada segi kreativiti serta pengaruh beliau di posisi hadapan.

Lima tahun menetap di Malaysia, menjadikan status pemain ini layak untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi baharu negara pada tahun hadapan.

Namun pada usia beliau kini yang akan memasuki 38 tahun, mungkin manfaaat naturalisasi boleh dirasai oleh kelab yanh memiliki beliau sahaja dan dianggap tidak sesuai di pentas antarabangsa pada masa hadapan.

Pada pandangan anda, adakah sumbangan Agba masih lagi sesuai bersama pasukan kebangsaan pada masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN