4 Bintang Import Dijangka Bakal Curi Tumpuan Untuk Aksi Kedah Bertemu Selangor

Saingan Liga Super 2024 terus bersambung dengan aksi seterusnya membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (Kedah) menentang cabaran Selangor di Stadium Darul Aman (SDA).

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan pada awal musim menyaksikan kemenangan telah pun berpihak kepada Selangor menerusi keputusan 3-2 ketika aksi berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiga jaringan Selangor ketika itu terhasil menerusi Ayron Del Valle, Faisal Halim, serta tonggak tengah mereka, Noor Al-Rawabdeh untuk menafikan cabaran Sang Kenari.

Skuad kendalian Nafuzi Zain pula ketika itu meraih dua gol di gelanggang lawan menerusi Amirbek Juraboev serta bekas penyerang import mereka, Willian Lira.

Aksi ketika itu jelas sangat sengit dengan kedua pasukan saling terbuka melancarkan serangan antara satu sama lain dan seimbang daripada segi penguasaan bola.

Untuk aksi malam ini, empat pemain import dilihat mampu untuk mencipta keputusan yang berbeza buat pasukan masing-masing menerusi prestasi semasa mereka di atas padang

Ifedayo Olusegun (Kedah)

Bekas penyerang berbisa Selangor ini tiba di Kedah pada pertengahan musim 2023 dalam usaha untuk kembali memperkasakan posisi serangan utama Sang Kenari dalam saingan domestik.

Kehadiran Ifedayo jelas memberi impak yang sangat besar buat Kedah, selepas ketajaman beliau masih lagi memberikan impak besar buat pasukan untuk mencipta kemenangan serta melancarkan percaturan taktikal Nafuzi Zain.

Ketika ini Ifedayo sudah pun meledak 11 gol untuk saingan Liga Super, dan momentum beliau dalam keadaan cukup baik apabila turut meledak hatrik sulung musim ini ketika bertemu Kelantan.

Sudah tentu Ifedayo enggan melepaskan peluang untuk terus membuktikan beliau masih berbisa di hadapan bekas pasukannya pada malam ini.

Manuel Hidalgo (Kedah)

Pemain sayap lincah dari Argentina ini boleh dianggap sebagai salah satu pemain paling berbaloi ditandatangani Kedah untuk status import pada musim 2023.

Sehingga kini, Hidalgo menjadi pemain paling penting buat kreativiti serangan Kedah, selepas banyak penghasilan gol berlaku daripada pemain lincah ini.

Daripada segi rekod, Hidalgo kini telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan buat Kedah bersama 10 bantuan jaringan bersama prestasi cukup memukau.

Yohandry Orozco (Selangor)

Pemain tengah serangan Selangor ini boleh dianggap sebagai kunci utama kekuatan mereka sejak awal musim untuk mendapatkan gol atau terus menguasai permainan

Musim pertama Orozco dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) jelas tidak mengecewakan selepas pemain ini telah pun meledak tujuh gol bersama 11 bantuan jaringan buat The Red Giants bagi aksi Liga Super 2023.

Sudah tentu pemain tersebut akan terus memainkan peranan penting malam ini untuk memastikan kelancaran serangan Selangor selain memberi bantuan daripada sudut kreativiti buat kelab itu mendapatkan gol.

Ayron Del Valle (Selangor)

Penyerang berbisa Selangor ini sudah tentu mempunyai misi tersendiri untuk mendapatkan jaringan seterusnya dalam misi memburu gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2023.

Seperti Orozco, penyerang ini juga sedang mengharungi musim pertama beliau dengan begitu gemilang selaku penggempur berbisa buat The Red Giants.

Ayron ketika ini sudah pun meledak 21 gol daripada 24 perlawanan dihadapi, dan masih mempunyai baki dua perlawanan untuk membuktikan beliau sebagai antara import paling cemerlang bagi musim 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN