Mengejutkan! PSG tewas di tangan pasukan Strasbourg 2-1 dalam saingan yang cukup mendebarkan untuk pasukan tuan rumah.
Ini adalah kali kedua PSG tewas kepada pasukan yang baru dipromosi dalam 39 perlawanan sejak 2011/12.
Sebagai perbandingan, PSG berbelanja £198 juta hanya untuk Neymar seorang pada pra musim yang lalu. Manakala Strasbourg yang masih dibelenggu masalah kewangan hanya membelanjakan £3.5 juta sahaja.
👏🏼 Strasbourg…
– 2014: Relegated to the 4th division only saved by the bankruptcy of Carquefou
– 2016: 3rd division
– 2017: The first team to beat PSG this season#RCSAPSG pic.twitter.com/VyTrUEyobU
— The Sportsman (@TheSportsman) December 2, 2017
Strasbourg di hadapan pada minit ke-13 menerusi Nuno Da Costa. Namun Kylian Mbappe menyamakan kedudukan, 3 minit sebelum rehat.
Bersambung pada babak kedua, Strasbourg ditekan teruk oleh PSG. 29 percubaan gol dilakukan PSG dalam perlawanan ini. Namun agak menyedihkan hanya 5 percubaan tepat.
Pemain-pemain Strasbourg bertahan dengan kompak dan banyak ‘clearances’ dilakukan. Akhirnya Strasbourg mendapat percubaan tepat kedua dan ia juga menjadi gol kedua mereka seterusnya menjadi gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah.
Is this the goal to end PSG's unbeaten run?! pic.twitter.com/SAO83iB7RT
— GOAL News (@GoalNews) December 2, 2017
Ya! Hanya 2 percubaan tepat daripada mereka dan kedua-duanya disempurnakan.
Tamat perlawanan PSG meratapi kekalahan pertama mereka musim ini di tangan pasukan bernama Strasbourg.
Kylian Mbappe had never lost a match he had started for Monaco or PSG – until today! https://t.co/l9v0yuM0Oe pic.twitter.com/5GpzbNwncE
— GOAL News (@GoalNews) December 2, 2017
Ramai yang agak terkejut dengan masa tambahan diberikan pengadil sampai 9 minit untuk perlawanan ini.
Selepas ini, PSG akan berhadapan dengan Bayern Munich dalam saingan UCL.