5 Perkara Daripada Kemenangan 5-1 Liverpool Ke Atas Brighton

Liverpool menang bergaya ke atas Brighton dalam perlawanan EPL ke-15 mereka. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Pemilihan taktikal dan pasukan oleh Klopp

Klopp mengambil pendekatan drastik dengan meletakkan Wijnaldum dan Emre Can sebagai pemain bek dalam sistem bek bertiga.

Ada beberapa situasi Wijnaldum gagal untuk membaca situasi dengan baik. Ia dilakukan kerana krisis kecederaan di barisan pertahanan oleh Liverpool. Tetapi pemilihan Wijnaldum amat berisiko.

Mujurlah pasukan lawan mereka tidak tajam di hadapan gol. Brighton ada 2 atau 3 peluang di hadapan gol.

2. Aksi Coutinho

Coutinho terlibat dalam 4 dariapada 5 gol Liverpool. Beliau melakukan 2 bantuan gol untuk gol Can dan Firmino. Beliau sendiri menjaringkan gol ke-4 Liverpool. Untuk gol ke-5, Coutinho melakukan percubaan yang ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Lewis Dunk.

Coutinho sangat dominan di tengah padang dengan keupayaan untuk mengolah dan merencana gerakan. Tidak lupa satu momen genius dengan sepakan percuma rendah.

3. Kelajuan dan ketajaman Liverpool

Liverpool memiliki kelajuan yang luar biasa pada fasa serangan. Mereka membuktikan mereka pasukan yang paling bahaya dalam serangan balas.

Mohamed Salah adalah pemain yang terus menjadi nadi utama serangan Liverpool. Beliau melakukan satu bantuan gol yang tenang dalam perlawanan ini.

Transisi pasukan Liverpool sangat menarik untuk disaksikan dalam perlawanan ini.

Dalam 8 perlawanan terakhir Liverpool masih belum kalah dan sudah menjaringkan 25 gol dalam tempoh tersebut.

4. Malang Lewis Dunk

Pemain ini sudah melakukan jaringan sendiri dalam 2 perlawanan berturut-turut. Minggu lalu beliau tertampan gol ke gawang sendiri dalam perlawanan menentang Manchester United.

Secara keseluruhan, beliau sudah menjaringkan 3 gol ke gawang sendiri musim ini. Satu detik yang mencabar mental untuk beliau.

Rekod jaringan sendiri terbanyak dalam semusim adalah milik bekas pemain Liverpool, Martin Skrtel pada musim 2013/14 dengan 4 gol.

5. Penggiliran skuad yang berhasil

Jurgen Klopp tahu Liverpool masih perlu menang daam perlawanan terakhir UCL pada pertengahan minggu ini. Beliau melakukan penggiliran beberapa pemain utama.

Ini termasuk Sadio Mane dan juga Alberto Moreno. Walaupun penggiliran kali ini agak kurang cantik di bahagian pertahanan namun Liverpool tetap berjaya membawa pulang 3 mata dengan kemenangan besar 5-1.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN