Iago Aspas Bantu Celta Vigo Nafikan Kebangkitan Barcelona Di Nou Camp

Sebentar tadi berlangsung perlawanan La Liga di antara Barcelona dengan Celta Vigo di Nou Camp.

Iago Aspas menjadi watak penting dalam pelawanan di Camp Nou. Beliau meletakkan pasukan beliau di hadapan seawal minit ke-20. Aspas melakukan ‘rebound’ selepas Ter Stegen melakukan antara aksi menyelamat luar biasa.

Barcelona kemudian segera membalas jaringan itu menerusi Lionel Messi pada minit ke-22 selepas menerima bantuan gol daripada Paulinho. Pemain tengah Brazil ini terus aktif terlibat di dalam gol Barcelona musim ini.

Tidak lama kemudian, jaringan Luis Suarez dibatalkan kerana ofsaid. Namun bintang Uruguay itu meneruskan sentuhan gol beliau yang sebelum ini hilang di awal musim. Suarez meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-60. Ianya hasil peluang yang dicipta oleh Jordi Alba.

Namun Celta Vigo membalas jaringan itu 10 minit kemudian. Satu lagi aksi cemerlang Aspas yang mencipta gol hasil daripada serangan balas. Aspas melorongkan bola kepada Maximiliano Gomez. 1 gol dan 1 assist daripada bekas pemain Liverpool ini.

Barcelona memiliki beberapa peluang selepas itu, namun penyudah mereka tumpul. Perlawanan berakhir dengan 2-2. Satu keputusan yang agak mengejutkan dicipta di Nou Camp.

Barcelona pastinya kecewa dengan kualiti penyudah mereka. Barcelona melakukan 21 percubaan gol namun hanya 7 yang tepat.

Keputusan ini membuka peluang kepada Valencia untuk merapatkan jurang mata kepada 2 mata jika mereka menang ke atas Getafe esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN