Chelsea Raih 3 Mata Atasi Newcastle United Di Stamford Bridge

Chelsea

Chelsea meneruskan misi menghambat dua pasukan setempat, Manchester City dan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila menang 3-1 keatas Newcastle United pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Chelsea bagaimanapun dikejutkan oleh gol minit awal dari Newcastle United. Gol tersebut berpunca daripada kesilapan Marcos Alonso yang gagal menolak kemas bola kepada penjaga gol lalu berjaya disambar Jacob Murphy.

Usaha Murphy untuk menghasilkan gol berjaya dinafikan oleh Thibaut Courtois, namun percubaan susulan yang dilakukan Dwight Gayle pada minit ke-12 itu mengecewakan penyokong tuan rumah untuk jaringan pendahuluan.

Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea kembali memperkemaskan aksi mereka bagi kembali menyamakan kedudukan.

Peluang keemasan Chelsea menjelma selang 5 minit selepas jaringan dari Gayle apabila hantaran cantik dari jarak jauh yang dilakukan Cesc Fabregas singgah tepat ke kaki Eden Hazard. Namun kuisan yang dilakukan bintang dari Belgium itu sempat ditepis penjaga gol Newcastle, Karl Darlow.

Penyokong tuan rumah sekali lagi hampa apabila tandukan yang dilakukan Andreas Christiensen hanya singgah di tiang gol pelawat pada minit ke-20.

Hazard yang sentiasa menjadi ancaman kepada Newcatle akhirnya berjaya menceriakan kem Chelsea apabila melakukan ledakan dalam kotak penalti bagi kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-21.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata menambah jaringan kedua buat skuad bimbingan Antonio Conte pada minit ke-33 setelah menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Victor Moses.

Jaringan daripada Hazard dan Morata serta Gayle itu kekal hingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua

Memasuki babak kedua, tuan rumah terus mendominasi permainan dengan kawalan kemas di bahagian tengah yang dikepalai N’Golo Kante dan Fabregas.

Namun disebalik penguasaan tersebut, tidak banyak ancaman yang dapat dijelmakan Chelsea pada babak kedua setelah gerakan-gerakan yang dicipta buntu untuk mencari tambahan jaringan.

Chelsea yang berterusan mencipta peluang berjaya mengukuhkan cengkaman apabila Eden Hazard sekali lagi meletakkan nama sebagai penjaring selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73 perlawanan.

Sepakan penalti tersebut dianugerahkan kepada Chelsea selepas pemain tengah, Matt Ritchie mengasari Moses dalam kotak penalti.

Kemenangan yang dicatatkan anak buah Antonio Conte ini merupakan kemenangan ke-10 Chelsea selepas mengharungi 15 perlawanan liga dan kekalahan malam ini adalah yang ke-8 buat Newcastle United.

Kesebelasan utama 

Chelsea
Thibaut Courtois, Cesar Azpilicueta (Ketua Pasukan)Andreas Christensen  (Gary Cahill),
Antonio Ruediger, Victor Moses, Marcos Alonso, Danny Drinkwater, N’Golo Kante,
Cesc Fabregas (Tiemoue Bakayoko), Eden Hazard (Willian) & Alvaro Morata

Newcastle United

Karl Darlow, Ciaran Clark (Ketua Pasukan)Florian Lejeune, Chancel Mbemba, Matt Ritchie,
Mikel Merino (DeAndre Yedlin), Mohamed Diame (Jonjo Shelvey), Javier Manquillo, Ayoze Perez (Isaac Hayden), Jacob Murphy & Dwight Gayle

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN