Dalam bola sepak, kerjasama yang kuat adalah simbol kepercayaan di antara dua organisasi. Penajaan jersi telah menjadi aspek yang penting untuk dana sesebuah kelab dan juga untuk promosi imej penaja.
Dalam bola penggunaan logo pada jersi kelab adalah dipercayai dimulakan oleh Penarol di Uruguay. Ia kemudian menjadi ikutan ke seluruh dunia selepas itu.
Sejak dari hari itu, berebut-rebut syarikat -syarikat gergasi cuba memenangi hak untuk dipaparkan pada jersi pasukan.
Kerjasama Paling Lama
Bercerita lebih lanjut tentang isu ini, pernahkah kita tertanya-tanya, pasukan mana yang menjalinkan kerjasama penjaan jersi paling lama dalam sejarah bola sepak Inggeris?
Mungkin sepintas lalu kita akan terfikir ia mungkin Arsenal atau Liverpool. Sebenarnya salah sama sekali!
Jawapannya ialah, Carlisle United! Carlisle United telah ditaja oleh Stobart Group selama 19 musim berturut-turut! Stobart Group merupakan sebuah syarikat pengangkutan dan logistik.
Penajaan syarikat tersebut bermula pada musim 1995/96.
Errea, Le Coq Sportif dan Umbro antara pengeluar jersi untuk kelab yang digelar The Cumbrians ini sewaktu ditaja Stobart Group.
Namun selepas beberapa musim terakhir penajaan, Fila terpilih menjadi pengeluar jersi.
Stobart Group adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di bandaraya Carlisle. Meskipun penajaan jersi ini tamat pada musim 2013-14, Stobart Group masih menjadi di antara penaja The Cumbrians ini.
Sewaktu Stobart Group menaja mereka, The Cumbrians meraih beberapa kejayaan. Mereka menjulang Football League Trophy pada musim 1996-97 dan 2010-11. Selain itu, mereka menjulang kejuaraan League Two musim 2005-06.
Ada kisah menarik mengenai hubungan rapat antara Stobart Group dengan kelab ini. Beberapa hari sebelum final Football League Trophy musim 2010-11, Edward Stobart, salah seorang pengurusan syarikat telah meninggal dunia.
Edward Stobart merupakan salah seorang daripada jawatankuasa yang membentuk perjanjian penajaan ini.
Kelab memohon kepada pengurusan ‘Football League’ untuk mengenakan ‘black armband’ semasa perlawanan akhir tersebut. Pihak ‘Football League’ meluluskan permohonan tersebut.
Ia menunjukkan betapa rapatnya hubungan Stobart dengan Carlisle United. Mereka tahu, bukan mudah untuk mencari penaja yang setia seperti Stobart.
Baca juga: Proton: Pembuka Jalan Jenama Malaysia Di Persada Bola Sepak Global