Internazionale Dilanda Prestasi Teruk, Masa Depan De Boer Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

Kehadiran Frank De Boer boleh dikatakan satu amaran awal dari Internazionale untuk musuh-musuh mereka di Serie A bahawa mereka akan kembali mencabar semula kejuaraan Serie A.

Pada satu ketika, De Boer diangkat bagai wira kerana berjaya menumbangkan Juventus dalam aksi di Serie A yang berakhir dengan 2-1.

Namun kini selepas 3 kali berturut-turut tewas dalam aksi liga, nasib De Boer di Internazionale bagai telur di hujung tanduk.

“Saya sudah berusaha sebaik mungkin.”

Internazionale telah tewas 3 daripada 3 perlawanan Serie A baru-baru ini. Mereka tewas kepada AS Roma, Caligari dan Atlanta.

Dengan hatrik kekalahan yang diciptanya, ia membuatkan De Boer sudah tewas 6 kali daripada 12 perlawanan musim ini.

Frank De Boer

Ketika ditanya media, De Boer tidak tahu sama ada beliau akan mengendalikan perlawanan seterusnya menentang Torino atau tidak.

“Saya tak tahu sama ada saya ada lagi ke tidak ketika perlawanan menentang Torino. Tetapi percayalah saya sudah berikan yang terbaik.”

Menurut Eder, masalah yang dihadapi oleh Internazionale sekarang adalah masalah keyakinan.

“Kami tidak memberikan 100% ketika beraksi. De Boer mahu kami beraksi dengan agresif dan menutup segala ruang yang ada di dalam padang. Namun kami tdak lakukannya dengan baik.”

“Kami cuba untuk faham dengan taktik beliau tapi kadang kala kami tidak mampu nak bagi. Kami ada ramai pemain yang bagus-bagus tetapi kami tidak dalam satu kumpulan yang sama.”

“Dapatkan Andrea Mandorlini!”

Menyedari jodoh De Boer dengan Internazionale tidak akan panjang, bekas jurulatih mereka iaitu Giovanni Trapattoni awal-awal lagi telah mencadangkan nama untuk menggantikan beliau.

Trapattoni telah menyarankan agar Internazionale mengambil Andrea Mandorlini (gambar bawah) sebagai pengurus jika mereka mahu membuang De Boer.

Andrea Mandorlini

“Memenangi kejuaraan Serie A adalah sangat sukar terutamanya dari segi peperangan taktikal. Jadi adalah mustahil untuk pengurus luar untuk tidak menghadapi masalah ketika menguruskan kelab Serie A.”

“Walaupun menentang kelab kecil, kelab yang besar mampu untuk ditewaskan oleh mereka kerana permainan taktikal yang mengelirukan.”

Trapattoni mencadangkan agar Mandorlini dilantik menggantikan De Boer adalah kerana beliau sangat faham akan suasana di Internazionale.

“Mandorlini sangat memahami akan suasana di Intenazionale.”

“Dari segi semangat kekitaan, beliau mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Internazionale.”

Baca juga: Bergaduh Dengan Penyokong Sendiri, Ultras Internazionale Desak Mauro Icardi Dipecat Jadi Kapten

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN