Kenapa Pasukan Eropah Tidak Memberikan Cuti Panjang Kepada Pemain Mereka?

Satu persoalan menarik yang kami terima dari pembaca kami kerana Liga Malaysia yanga ada 2 cuti rehat yang sangat panjang.

Selepas rehat sebulan kerana puasa, kini Liga Malaysia berehat hampir sebulan juga kerana memberikan laluan kepada Sukan SEA.

Isu ini kurang disenangi ramai pihak termasuk Presiden FAM yang menegaskan jadual yang sedia ada sebagai teruk.

Ianya ibarat Malaysia ada 3 cuti pra-musim. Pertama pra musim sebelum musim, kedua cuti puasa, ketiga cuti Sukan SEA.

Rehat panjang hanya pada kalendar

Kelab-kelab Eropah tidak akan memberikan pemain mereka rehat terlalu lama tanpa sebarang latihan intensif ataupun perlawaan persahabatan.

Oleh sebab itu, konsep pra musim sebelum musim bermula kini lebih bersifat, bercuti sambil bermain bola sepak.

Melaporkan diri untuk pra-musim adalah mandatori untuk pemain-pemain Eropah. Mereka perlu masuk ke sesi latihan yang intensif. Berlari adalah salah satu keperluan dan aktiviti yang paling banyak mereka lakukan untuk memastikan badan mereka bergerak.

Pada musim perayaan seperti tahun baru dan krismas, mereka bersetuju dengan idea Boxing Day ataupun New Year Day yang ada perlawanan bola sepak.

Kenapa?

Ini kerana mereka tidak mahu pemain mereka tidur lewat dan terlebih tidur pada siang hari. Selain itu, pada musim perayaanlah pemain akan minum alkhohol, wain, makanan bergaram dan bergula.

Ini adalah jamuan Real Madrid ketika Hari Krismas dan bezakan dengan jamuan Hari Raya para pemain kita.

Kelab tiak boleh mengawal 100% aktiviti pemain mereka, namun dengana adanya sesi latihan sebelum perlawanan, pemain perlu melapor diri dan dinilai secara saintifik kecergasan mereka.

Ketika pra musimlah para pemain diasah lebih teruk di pusat latihan. Tiada istilah cuti di rumah untuk mereka. Paling panjang perlepasan diberikan kelab untuk pemain bercuti dengan keluarga mungkin 2 minggu selepas tamat musim liga.

Setakat ini, paling lama cuti yang diberikan oleh kelab kepada pemain adalah 3 minggu. Itu jarang berlaku.

Pada pra-musim, liga berehat 2 bulan, tetapi tidak untuk kelab. Mereka akan cuba sedaya upaya menyegerakan sesi pra-musim.

Pra-musim bukan bermaksud yang jelajah pra-musim sahaja. Ia merujuk kepada latihan pra-musim selepas rehat.

Untuk pemain yang terlibat dalam kalendar antarabangsa pada Jun, mereka terus melapor diri ke kem kebangsaan. Mereka akan diberikan cuti selepas tamat temasya utama melibatkan peringkat umur berbeza.

Rehat yang terlampau panjang biasanya akan membuatkan pemain meningkat berat badan. Walaupun mereka mengawal pemakanan, masih ada pemain akan meningkat berat badan sekitar sekilogram ataupun 2 kilogram.

Nathan Redmond pernah berkongsi dengan The Telegraph, makna pra-musim bagi mereka. Berikut adalah beberapa rumusan daripada perokongsian kenyataan beliau:

1. Latihan 3 kali sehari

Ianya melibatkan sesi pemanas badan dengan para saintis sukan pasukan akan bersedia merekodkan apa sahaja data prestasi pemain.

Latihan mereka biasanya dibahagikan kepada sesi fizikal, gym dan taktikal. Rehat mereka ketika hari latihan sekitar sejam di antara sesi.

Pada hari tertentu mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan. Anda boleh baca artikel yang kami tulis tentang modul latihan pra-musim berdasarkan cadangan Verheijen.

Baca juga: Corak Latihan Pra-Musim Yang Dicadangkan Oleh Raymond Verheijen

2. Rasa sakit pada hari berikutnya

Biasanya, menurut Nathan Redmond, beliau sentiasa rasa sakit badan pada hari berikutnya setiap kali selepas sesi hari pertama latihan pra musim.

Perkara yang sama akan dilalui oleh pemain-pemain lain. Inilah bukti bahawa badan pemain seakan-akan lebih malas menerima intensiti latihan selepas rehat beberapa minggu.

Segala rasa sakit pada badan pemain akan dilaporkan kepada doktor pasukan. Data analisis akan diambil untuk pemain diberikan pemulihan dengan sesi yang bersesuaian.

Ada yang sakit belakang, ada yang sakit di bahagian kaki dan sebagainya.

3. Terlalu letih untuk membuat jenaka

Jika anda melihat senyuman pada pemain Eropah ketika pra musim, anda boleh anggap ia bonus kerana mereka sangat letih untuk kembali dengan rutin yang intensif.

Ramai jurulatih mengadakan sesi latihan yang berbentuk ‘prank’ dengan pemain akan dihukum jika gagal menimang bola 50 kali. Sesi gurauan ini perlu untuk pemain tidak terlalu tertekan.

Mereka kadangkala tiada masa untuk bergurau dengan rakan-rakan ketika pra musim kerana bergelut untuk mengembalikan keupayan tubuh badan mereka.

Pemain akan banyak berlari di dalam sesi latihan pra-musim. Jika mereka sedang berada di luar padang untuk menunggu giliran, mereka akan diminta mengayuh basikal latihan (exercise bike).

Exercise bike adalah alatan yang paling penting dalam sesi latihan. Berbasikal juga antara aktiviti yang paling banyak dilakukan pemain ketika pra-musim selain daripada berlari di padang latihan.

4. Kawalan pemakanan

Ini adalah perkara yang penting. Ramai pemain bintang terkemuka sukakan telur rebus trutama sekali separuh masak untuk mereka sarapan pagi.

Ini untuk membolehkan mereka mendapat protein selepas proses latihan hari sebelumnya. Mereka akan dibekalkan panduan nutrisi berdasarkan keperluan berbeza setiap pemain.

Biasanya mereka akan chef pasukan sendiri bersama-sama mereka. Setiap kali rehat di antara sesi latihan, bar tenaga dan minuman tenaga menjadi teman mereka.

Pemain-pemain akan cuba memastikan mereka mengikuti panduan tersebut kerana ia akan membantu mereka meningkatkan semula prestasi mereka.

Segalanya berkaitan persaingan untuk berada dalam perancangan pasukan dalam musim baharu. Pemain yang tidak berdisiplin biasanya akan bermasalah untuk memikat jurulatih.

5. Bleep test

Ini penting untuk mengukur keupayaan dan prestasi semasa para pemain.

Bleep test ini akan diadakan pada hari tertentu. Setiap pemain akan cuba mendapatkan keputusan terbaik ataupun meningkat kerana itu penting untuk memastikan mereka dalam perancangan pasukan pada musim baharu.

6. Perlawanan persahabatan

Beberapa perlawanan persahabatan akan dilangsungkan. Ianya bukan untuk mencari kemenangan. Paling penting adalah pemain dapat mencapai tahap yang dikehendaki oleh jurulatih.

Anda harus baca artikel; Rui Faria: “Anda Silap Jika Hanya Mementingkan Keputusan Untuk Perlawanan Pra-Musim”
Setiap pemain akan dipasang dengan ‘sport bra’ yang akan mengukur denyutan jantung mereka dan beberapa analisis lain.

7. Latihan khas

Setiap pemain ada latihan khas tersendiri. Ianya bedasarkan maklumat daripada data yang dibekalkan oleh para saintis dan penganalisis.

Ada pemain akan diarahkan berlatih sesi tambahan untuk latihan fizikal seperti bertahan mengatasi pemain tinggi. Setiap latihan khas ini berbeza.

Ada juga pemain akan diarahkan meningkatkan kemahiran melakukan hantaran, mungkin dalam proses untuk pertukaran posisi dari bek sisi kepada pemain sayap.

Rumusan

Pengurusan profesional biasanya benci dengan cuti rehat yang panjang. Ini kerana mereka perlu menyediakan modul latihan khas sepanjang rehat tersebut.

Ianya bukan latihan yang sekadar latihan berlari di dalam padang dan latihan taktikal. Rehat panjang bermaksud, mereka perlu menambah kos untuk aspek sains dan teknologi sepanjang latihan.

Mereka sukar untuk mengawal berat badan pemain. Walaupun pra-musim itu digelar rehat panjang, namun hakikatnya mereka sudah menyediakan modul latihan khas dan tiada rehat panjang untuk pemain.

Pemain ada nilai tersendiri di pasaran. Penurunan prestasi bermakna menurunlah nilai mereka. Selain daripada untuk pencapaian kesukanan, bola sepak juga satu perniagaan.

Jadi, untuk pasukan Liga Malaysia yang berehat panjang 2 kali semusim, sudah pastinya mereka perlukan perancangan yang terbaik untuk memastikan pemain sentiasa dijaga dari segi kondisi fizikal kekal intensif.

Phillipe Coutinho
Henderson mengetuai sesi latihan pasukan. Kredit foto : Mirror UK

Seterusnya adalah aspek pemakanan pemain yang perlu lebih teliti serta garis panduan latihan tanpa perlawanan kompetitif.

Selain itu, pemain sendiri harus berusaha untuk mengawal kondisi dan prestasi mereka ketika rehat panjang. Ramai pemain terkemuka dunia sanggup membina gym di rumah mereka sendiri untuk memastikan mereka sentiasa ‘exercise’.

Tak perlu buat gym semewah Cristiano Ronaldo, buatlah gym yang ringkas kepada pemain yang bergaji puluhan ribu.

Kepada yang tak mampu, rajinkanlah diri ke gym atas inisiatif sendiri selain daripada sesi latihan pasukan.

“Jika anda mahukan kerjaya yang membolehkan anda mendapat cuti sehingga 5 minggu, bola sepak bukan untuk anda.” – Nathan Redmond

Sumber

1. Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/men/active/11789082/11-things-you-didnt-know-about-pre-season-football-training.html

2. Train Effective – https://www.traineffective.com/help/how-long-should-i-be-resting-and-whats-the-resting-schedule-of-a-professional-player/

3. Cordinated Health – http://coordinatedhealth.com/news/how-long-should-you-rest-between-seasons/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN