Rui Faria: “Anda Silap Jika Hanya Mementingkan Keputusan Untuk Perlawanan Pra-Musim”

Pembantu Jose Mourinho menjelaskan kepada wartawan bahawa dalam perlawanan pra-musim, keputusan perlawanan adalah perkara sampingan. Itu perkara yang harus difahami setiap orang termasuk penyokong bola sepak.

Sebaliknya, ada lebih banyak perkara lain yang lebih penting dalam pra musim. Sebagai jurulatih mereka sudah ada modul dan panduan khas untuk membimbing serta merekodkan prestasi semasa pemain.

Pra-musim penting untuk memastikan pemain benar-benar bersedia meghadapi musim baru. Pada masa yang sama para pemain dibantu untuk meningkatkan prestasi mereka. Rui Faria berkata:

“Kami tidak pernah melihat perlawanan pra musim ini sebagai perlawanan untuk menang dan bimbang tentang keputusan yang akan kami capai. Banyak aspek lain lebih penting daripada keputusan.”

“Sudah tentunya kita kalau boleh mahu menang. Ia hanya sebagai hasil tambahan kepada prestasi. Ia sentiasa lebih baik jika menang.”

“Buat masa ini para pemain melakukanya dengan baik, mereka melakukan apa yang kami mahu mereka lakukan. Setiap minit adalah penting bagi mereka.”

“Mereka tahu bahawa pertandingan pra musim ini adalah medan ujian besar untuk persediaan mereka menghadapi musim sebenar kelak. Mereka telah melakukannya dengan baik dan kami sangat gembira dengan semua pemain.”

“Kami berpuas hati dengan cara mereka komited untuk mendapatkan persembahan terbaik. Akhirnya, semua berjalan lancar untuk mereka dan kami akan cuba untuk menjadikan mereka yang terbaik dalam menghadapi perlawanan penting musim ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN