Quantcast

BERITA

REF-Xclusive, Usaha KLFA & IPG Kampus Ilmu Khas Bantu Lahir Pengadil Berkualiti

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan kerjasama Institut Perguruan (IPG) Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan program Projek REF-Xclusive yang berlangsung di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Dalam kenyataan media dari laman klhawks.com, menyatakan:

“Projek REF-Xclusive merupakan sebuah projek perintis dalam melahirkan pengadil-pengadil muda daripada kalangan atlet sukan institut perguruan serta memantapkan mutu pengadilan dari peringkat akar umbi.”

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa berkata:

“Ia selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melahirkan lebih ramai pengadil berkualiti dan bertaraf antarabangsa serta seiring visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru.”

“Bagi merealisasikan impian ini, persatuan komited menjadi peneraju kepada pembangunan pengadil muda dan berbesar hati memilih IPG KIK sebagai permulaan projek.”

Sumber: klhawks.com

“Untuk pengetahuan semua, melahirkan pengadil tidak mudah seperti disangka kerana tahap fizikal mahupun stamina bukan pengukur sebenar sebaliknya pengadil sekarang harus mempunyai mentaliti yang bagus serta tidak mudah dipengaruh.”

Mengulas tentang kualiti pengadi, Nokman memberitahu yang kualiti pengadil pada hari ini jayh lebih baik daripada dahulu.

Namun tetap juga mutu pengadilan perlu dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Program seumpama ini diharap akan dapat membantu para pengadil pergi lebih jauh termasuk ke peringkat antarabangsa, terutama sekali para pengadil muda. Tambah beliau lagi:

“Saya juga berharap pada suatu masa dapat melihat anda (peserta) sebagai pengadil yang mengadili perlawanan di peringkat negara mahupun antarabangsa.”

Satu usaha yang harus dipuji dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!