Quantcast

KAJIAN & FAKTA KOMUNITI

Fantasy Football SCL2018: 5 Pemain Ini Perlu Ada Dalam Pasukan Anda (Minggu 5)

Sudahkah anda mengemaskini pasukan Fantasy Football Selangor Champions League 2018 dalam usaha merebut hadiah mingguan berupa wang tunai RM500.00 berserta barangan eksklusif dari Kaki Jersi bagi minggu kelima ini?

Sebelum itu mari kita singkap tujuh aksi yang bakal berlangsung pada minggu ini apabila Gombak FC bakal menanti cabaran MPKJ The Lions, Duta ZXIV menentang Cheras Raptors, KRU Port Klang FC berdepan Gombak Hypernova FC pada hari Sabtu.

Saingan hari Ahad pula akan menemukan Klang Southern FC dan Banting Naga FC, Subang City FC berdepan tugas getir bertemu NPNG FC Damansara Damai, Klang Valley United bertemu CABJ dan Paya Jaras Hiliran membuat perhitungan menentang juara bertahan, Axis-O2 PJ FC.

Berikut adalah lima orang pemain yang perlu berada dalam pasukan Fantasy Football anda pada minggu ini:

1) Shahrul Afif Bin Shaharuddin (Klang Southern FC) – 6.00

Pemain sayap kiri berusia 24 tahun ini telah menghasilkan empat gol untuk berkongsi tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak bersama penyerang KRU Port Klang FC, Rosedy Muslim.

Lebih meyakinkan, Shahrul Afif kini meraih 36 mata dan menjadi pemain kedua mencatatkan mata tertinggi dibelakang Medina Mbeguere.

Dengan harga yang murah, beliau wajar berada dalam pasukan anda dan Shahrul Afif pasti akan diturunkan pada perlawanan bertemu Banting Naga FC, minggu ini.

2) Desmond Amadi Apaoma (Axis-O2 PJ FC) – 9.00

Penyerang kelahiran Nigeria ini memainkan peranan penting dalam membantu kemenangan Axis-O2 PJ FC bertemu Gombak FC pada minggu lalu.

Desmond kerap memberikan hantaran cantik serta membuka ruang buat rakan sepasukan bagi mencipta peluang jaringan.

Beliau juga berjaya menjaringkan gol dari luar kawasan penalti pada perlawanan tersebut.

3) Muhammad Ridhwan Johan (NPNG FC Damansara Damai) – 7.00

Ridhwan cemerlang selepas berjaya menghasilkan dua jaringan pada dua perlawanan terakhir iaitu ketika menentang Duta ZXIV dan KRU Port Klang FC.

Ketika pemain import NPNG FC, Mamadou Berete yang masih ketandusan jaringan selepas tiga perlawanan, Ridhwan dilihat akan terus menjadi sandaran utama buat kelab pilihan itu.

4) Charles Chen Kuan Ming (Klang Southern FC) – 5.00

Charles memainkan peranan yang cukup baik di bahagian pertahanan kanan skuad Klang Southern FC.

Melihat kepada prestasi beliau pada perlawanan bertemu Paya Jaras Hiliran minggu lalu, Charles sering membantu bahagian serangan untuk memburu jaringan.

Beliau turut melakukan beberapa percubaan tepat ke gawang lawan dan akhirnya turut berhasil menjaringkan gol pada perlawanan yang dimenangi Klang Southern FC dengan keputusan 4-1.

5) Lucky Ogu (Axis-O2 PJ FC) – 6.00

Berperanan sama seperti Charles, Lucky gemar melakukan ‘overlap’ untuk membuka ruang buat rakan sepasukan mencipta jaringan.

Beliau juga merupakan seorang pemain pertahanan kanan yang cukup kental ketika bertahan.

Dalam pada itu beliau mampu untuk menjaringkan gol seperti yang dilakukan pada perlawanan bertemu Gombak FC minggu lalu.

Kredit foto: ligakita.my

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!