Quantcast

BERITA

Benzema Minta Presiden FFF Jangan Ganggu Dia Lagi

Karim Benzema secara terbuka memberitahu Presiden FFF, Noel Le Graet agar jangan ganggu dia lagi.

Ini selepas Presiden FFF itu menyatakan karier antarabangsa Benzema mungkin sudah berakhir kerana gagal bermain dalam prestasi terbaik. De Graet berkata:

“Saya tiada masalah dengan Karim. Dia sentiasa berdisiplin apabila dalam pasukan.”

“Namun, saya berpendapat yang karier beliau bersama Les Bleus mungkin sudah berakhir. Ini kerana prestasi beliau agak menurun.”

Benzema tak megambil masa yang lama untuk memberikan respon kepada Le Graet. Beliau menulis tweet meminta agar Le Graet jangan mengganggu ketenangannya.

“Encik Le Graet, saya meminta agar kamu melupakan saya dan jangan ganggu saya.”

“Perancis adalah juara dunia dan itu yang paling penting, selebihnya adalah perkara remeh. Terima kasih.”

Benzema meletakkan tanda pagar #LeGraet #ThatIsEnough #GiveMeABreak

Le Graet memberikan komen itu selepas hadir ke mahkamah pada Khamis lalu untuk mendengar tentang kes ugutan melibatkan Benzema dan Valbuena.

Mahkamah akan memutuskan sama ada kes itu akan digugurkan pada bulan hadapan. Benzema dan 6 yang lain dituduh cuba mengugut Valbuena menggunakan video seks pada 2015.

Benzema sebelum ini pernah mendedahkan Le Graet pernah memanipulasi insiden video itu untuk mendesaknya bersara dari arena antarabangsa.

Benzema juga menuduh Le Graet telah menekan Deschamps untuk mengeluarkan namanya daripada skuad Perancis untuk Euro 2016 di Perancis.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!