Redzuan Suhaidi Masih Menanti Tawaran Rasmi Dari Beberapa Pasukan Yang Mahukan Khidmatnya

Ridzuan Suhaidi

Pemain Pulau Pinang, Redzuan Suhaidi mengakui beliau kini sedang menanti tawaran dari beberapa pasukan baru bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia.

Sebelum ini, Redzuan pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti UITM dan terbaru PJ Rangers.

Redzuan mula menyarung jersi Harimau Kumbang sejak tahun 2015, pahit manis bersama Pulau Pinang adalah titik penting dalam kariernya sebagai pemain bolasepak profesional dan pasti ianya tidak akan dilupakan.

Sudah hampir 3 musim bersama Pulau Pinang, kini tibalah masanya Redzuan mencuba nasib merantau ke tempat orang bagi menimba lebih banyak ilmu dan secara tidak langsung dapat mengembangkan karier bola sepak beliau.

Redzuan yang pernah dipanggil ke kem latihan Harimau Malaya pada 2015 ketika skuad negara menentang Palestine dan UAE ini pernah menyatakan hasrat yang dirinya masih berminat untuk kekal bersama negeri tercinta, namun dia terlebih dahulu ingin melihat perancangan pengurusan pasukan untuk musim hadapan.

“Hati saya setia pada negeri Pulau Pinang, tetapi sebagai pemain profesional saya perlu memikirkan akan masa depan saya dan menilai pasukan mana yang benar-benar perlukan khidmat saya” ujar Redzuan ketika dihubungi SemuannyaBola.

Melihatkan Jafri Firdaus Chew dan Syamer Kutty Abba yang telah memilih untuk mengangkat kaki meninggalkan skuad Pulau Pinang yang akan beraksi di Liga Premier pada musim hadapan itu, Semuanya BOLA merasakan Redzuan pasti akan turut mengikut langkah rakan sepasukannya.

“Memang sebelum ini saya mendapat banyak tawaran dari beberapa pasukan tetapi saya hanya menerima tawaran secara lisan namun sehingga kini masih tiada perbincangan susulan diadakan”

”Saya tidak tahu sejauh mana pasukan berkenaan berminat. Sehingga kini saya masih menunggu tawaran dari pasukan yang benar-benar mahukan khidmat saya,” katanya.

Selain itu, Redzuan turut sempat memaklumkan bahawa abangnya, Amirul Asyraf Suhaidi juga sedang menanti tawaran dari pasukan baru.

Musim 2017, Amirul telah mendapat kepercayaan Zainal Abidin Hassan untuk berada di dalam skuad utama Harimau Kumbang.

Penjaga gol yang pernah bersama UITM FC  ini telah berjaya menggalas tugas penjaga gol utama mengantikan tempat Sani Anuar Kamsani untuk musim Liga Super yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN