Melaka United Buat Persediaan Pramusim Di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Melaka United

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Noor Azman Rahman mengesahkan pasukan Melaka United (MU) bakal terbang ke Vietnam pada 4-12 Januari depan sebagai persediaan pramusim Liga Malaysia musim depan.

Menurut akhbar berita harian, keputusan berkenaan dinyatakan oleh Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas perbincangan bersama ketua jurulatih Eduardo Almeida.

Katanya, kesemua pemain termasuk pegawai pasukan akan berada di Vietnam kira-kira 8 hari bagi menjalani latihan dan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan terbaik di negara terbabit.

Menurutnya, persediaan berkenaan diyakini mampu membentuk pasukan mantap menjelang saingan Liga Malaysia yang dijadualkan bermula pada Februari 2018.

Kredit: Asiana.my

Pada musim ini, skuad Melaka United dibawah bimbingan pengendali dari Australia Erric Williams mengadakan aksi persahabatan dan persediaan pramusim di Kemboja dengan menguji pemain skuad terbabit ketika itu termasuk Amri Yahyah dan Sergio Aguero dari Argentina.

Keputusan ke Vietnam antara pendekatan bagi Almeida dan barisan pembantunya menguji pasukan selepas mengekalkan sembilan pemain musim ini yang dicadangkan panel kejurulatihan MU.

“Apa yang kami harapkan mereka akan membentuk gandingan keserasian yang pantas menjelang saingan pertama bermula kelak.

“Dengan persiapan semua pasukan amat rapi, kami juga mengharapkan kunjungan berkenaan akan membuahkan hasil cemerlang sebagai persediaan penting buat Almeida membentuk barisan terbaik ,” katanya kepada media.

Bagi saingan 2018, skuad Hang Tuah hanya mengekalkan import Korea, Jeon Woo Young dengan tidak menyambung kontrak Felipe de Souza (Brazil) , Marko Simic (Croatia) dan Jasmin Macenovic (Macedonia) dengan MU juga bakal diperkuatkan dengan kehadiran bekas import Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar.

Namun begitu, pemain kelahiran Lubnan itu masih belum memberi kata putus kepada MUSA sehingga menimbulkan tanda tanya berkaitan minat bekas pemain Kelantan itu menyarung jersi skuad Hijau Putih. -BH

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U