Quantcast

BERITA

Real Madrid Teruskan Pembelian, Bawa Masuk Ferland Mendy Dari Lyon

Pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Ferland Mendy sah akan menyarung jersi skuad Los Blancos pada musim hadapan.

Real Madrid dikatakan telah melengkapkan perpindahan bek kiri, Ferland Mendy dengan nilai €48 juta.

Los Blancos telah mengumumkan ketibaan pemain tersebut dengan kontrak sehingga 2025, dan Lyon turut mengesahkan telah menerima pendahuluan berjumlah €48 juta, dan tambahan bernilai €5m di dalam bentuk tambah nilai yang lain.

Mendy telah beraksi bersama Lyon selama dua musim, setelah berpindah dari Le Havre pada Jun 2017.

Pembelia Mendy dianggap sebagai salah satu pembelian utama oleh Real Madrid yang sebelum ini turut telah mengesahkan ketibaan beberapa pemain lain seperti Eder Militao, Luka Jovic dan Eden Hazard pada musim panas ini.

Zinedine Zidane sedang rancak merombak skuad Real Madrid setelah mereka hanya sekadar menamatkan saingan La Liga di kedududkan ke-3, dan disingkirkan dari UEFA Champions League di pusingan 16 pasukan terbaik.

Ketibaan Mendy turut mencetuskan spekulasi masa depan pemain pertahanan Brazil, Marcelo setelah Zidane turut mempunyai pilihan pemain yang lebih muda seperti Sergio Reguilon dan Theo Hernandez di posisi yang sama.

Mendy kini berusia 24 tahun, tampil dalam 30 perlawanan Ligue 1 bersama Lyon pada musim lalu, selain daripada lapan penampilan di UCL.

Beliau turut memiliki empat caps antarabangsa bersama Perancis, sejak melakukan penampilan sulung pada November lalu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!