RASMI: Daniel James Diperkenalkan Sebagai Pemain Man. United

Kira-kira seminggu yang lalu, Manchester United mengumumkan mereka sudah mencapai persetujuan secara prinsipal dengan Daniel James. Namun pemuktamadan urusan perpindahan hanya boleh dibuat selepas Daniel James menyelesaikan tugasan kebangsaan.

James selesai menjalani proses akhir termasuk pemeriksaan medikal di Old Trafford. Tanpa berlengah, Manchester United terus memperkenalkan kepada umum pemain baharu mereka itu.

Daniel James setuju dengan kontrak 5 tahun di Old Trafford dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £15 juta.

Pemain berusia 21 tahun itu juga merupakan pemain pertama yang ditandatangani oleh Ole Gunnar Solskajer.

Musim 2018/19 merupakan musim Daniel James cemerlang bersama Swansea dengan menjaringkan 5 gol dalam 38 perlawanan.

James dipanggil untuk bermain dalam pasukan kebangsaan Wales dan bermain dalam 2 perlawanan kelayakan Euro sebagai kesebelasan utama.

Sedikit menyedihkan pastinya, mendiang ayahnya yang tak sempat melihat anaknya mengecapi minggu-minggu yang besar dalam karier. Ayah James, meninggal dunia bulan lalu.

Bercakap kepada media, James berkata: “Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Ini juga detik yang membanggakan saya dan keluarha. Namun agak sedih kerana ayah saya tidak ada di sini berkongsi semua ini dengan kami.”

Daniel James antara pemain yang menjadi sasaran Marcelo Bielsa pada Januari lalu. Namun perpindahan itu gagal, walaupun ianya dikatakan hampir menjadi realiti.

Daniel James menyatakan beliau tidak kisah bermain di mana sahaja. James memberitahu wartawan sepanjang beliau bersama Swansea, beliau diarahkan bermain di sayap kanan, sayap kiri, dan peranan di serangan atas.

James menganggap ianya adalah impian yang menjadi kenyataan kerana. “Setiap orang ketika kecil pastinya mengimpikan untuk bermain dengan Manchester United.”

Ole Gunnar Solskjaer mengalu-alukan kedatangan James. Beliau berkata: “Daniel pemain sayap – muda – yang memiliki banyak skil, visi, kelajuan luar biasa dan ektika kerja yang baik.”

“Saya percaya, di sini adalah tempat terbaik untuk Daniel meneruskan pembangunan karier beliau.”

Swansea City mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada Daniel James dengan video penghargaan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN