Eden Hazard akan menyertai Real Madrid dalam masa terdekat selepas Real Madrid bersetuju membayar €100 juta atau pun bersamaan dengan £88.5 juta untuk penyerang antarabangsa Belgium itu.
Laporan oleh The Guardian berkata pakej untuk mendapatkan Hazard turut dipercayai termasuk nilai tambah lain yang perlu dijelaskan kepada Chelsea dari masa ke semasa.
Real Madrid and Chelsea have agreed a €100 million (£88m/$112m) transfer fee for Eden Hazard, according to The Guardian.
Fair price?? pic.twitter.com/4VCKGs6vjM
— Goal (@goal) June 5, 2019
“Ya saya rasa ini adalah salam perpisahan. Namun dalam bola sepak kamu tidak tahu [apa-apa boleh berlaku],” ujar pemain tersebut sebaik sahaja membantu Chelsea menewaskan Arsenal 4-1 di perlawanan akhir UEFA Europa League pada penghujung Mei lalu.
Pada ketika itu Real Madrid dan Chelsea belum lagi bersetuju dengan nilai perpindahan untuk pemain tersebut, sehinggalah semalam. Pengumuman dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat setelah semua formaliti disiapkan.
Pemain berusia 28 tahun itu akan meninggalkan Stamford Bridge selepas tujuh tahun, membantu kelab London itu bergelar juara liga sebanyak dua kali, satu kejuraan Piala FA, dan dua kejuaraan UEFA Europa League.
Eden Hazard for Chelsea.
• 110 goals.
• 92 assists.
• 2x Premier League.
• 2x Europa League
• FA Cup.
• EFL Cup.
• PL POTY.
• PL YPOTY.A true hero. ? pic.twitter.com/rU9bVOZ3Qz
— Mod (@CFCMod_) May 29, 2019
Hazard yang masih memiliki kontrak setahun bersama Chelsea sebelum ini menolak kemungkinan untuk menyertai mana-mana kelab Inggeris yang lain.
“Tidak mungkin, tidak mungkin. Saya adalah The Blues. Ia memberi makna yang banyak buat saya. Saya tidak akan beraksi bersama kelab lain di negara ini.” ujar beliau.
Sejak Zinedine Zidane kembali sebagai pengurus pada 11 Mac lalu, Real Madrid telah menandatangani Éder Militão dari Porto pada nilai £44 juta dan penyerang, Luka Jovic dari Eintracht Frankfurt dari £57.7m.