Quantcast

BERITA

TMJ Umum Perlawanan Amal Babitkan Pilihan JDT VS Rest Of The World

Sebentar tadi pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan satu perlawanan amal ‘All Star’ atau pun himpunan bintang-bintang membabitkan bekas-bekas pemain terbaik dunia akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Perlawanan membabitkan Pasukan Terbaik Dunia menentang Pilihan JDT itu dijadualkan akan diadakan pada 30 Jun hadapan.

Antara bintang dunia yang akan menghadiri perlawanan tersebut seperti disahkan oleh TMJ adalah Luis Figo, Roberto Carlos, Bebeto, Claudio Caniggia, Marco Materazzi dan Robert Pires.

Selain daripada memberi peluang kepada penyokong bola sepak, khususnya penyokong JDT untuk menemui bintang-bintang bola sepak dunia dengan mendapatkan autograf dan sesi bergambar.

Selain dari memberi kesempatan kepada penyokong untuk menyaksikan aksi pemain-pemain ini, hasil kutipan dari perlawanan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!